Khamis, 11 November 2010

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA GPI SK DAN SMK

Memandangkan cuti sekolah yang akan tiba tidak lami lagi, kami Unit Pendidikan Islam PPD Kota Kinabalu ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru pendidikan islam di semua sekolah PPDKK. Kami juga mengucapkan syabas dan tahniah atas komitmen yang diberikan oleh ustaz dan ustazah dalam membantu pihak PPDKK dengan menjalankan tanggungjawab masing-masing di sekolah masing-masing melalui dakwah, P&P, didikan dan banyak lagi.
            Ketahuilah bahawa usaha dan kerja yang ikhlas itu pasti ada ganjarannya disisi Allah swt baik di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu, saya mengajak semua ustaz dan ustazah marilah sama-sama kita gemblengkan tenaga bersatu padu atas kalimah tauhidullah, kita bina semula semangat Ashabul Kahfi dan juga semangat Salahuddin Al-Ayubi untuk kita memecahkan benteng kejahilan di Bumi Di Bawah Bayu ini.
            Sama-samalah kita merancang untuk meningkatkan kefahaman agama masyarakat setempat agar ia menjadi suatu gerak kerja utama UPI PPDKK tahun depan. Kita melihat ramai di kalangan pelajar kita terdedah dengan budaya-budaya luar yang mampu merosakkan amalan agama dan akidah mereka. Tetapi tiada tindakan dari warga UPI, untuk itu kami memohon bantuan ustaz ustazah dari sudut pandangan, teguran, cadangan aktiviti dan lain lagi. Bantulah kami agar kesinambungan dan hubungan mencari redha Allah itu dapat direalisasikan.
            Akhir sekali, teruskan dakwah di gelanggang masing-masing sebagai bekal di akhirat nanti.
                                                   بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَة
                            "Sampaikanlah dari agamaku walau satu ayat (kalimah)"
Wassalamualaikum warahmatullah.

TAHNIAH!!!

Tahniah! Tahniah! kepada guru yang mendidik anak-anak murid sehingga berjaya dalam peperiksaan UPSR dengan cemerlang kelmarin. Bila Allah ganjari kejayaan janganlah pula kita lupa mengembalikan kejayaan itu kepada zat yang maha agung pemilik sejati kecemerlangan itu. Maka bersyukurlah dengan kejayaan yang bersifat sementara itu.

Pasangan kembar Dania Haziqah Rahman (kiri) dan Dania Hazirah, pelajar SK Seri Gaya dengan 5A
Tahniah kepada SK SRI GAYA yang berjaya melonjakkan kecemerlangan UPSR dengan merekodkan seramai 43 murid yang mendapat semua A atau 88.82 peratus dan Tahniah juga kepada SK St. Agnes dengan lonjakan kecemerlangan 35 murid semua A dengan 83.02 peratus. Tahniah untuk SJKC Chung Hwa yang merekodkan seramai 33 murid mendapat semua A juga tahniah kepada warga SJKC St. James Kota Kinabalu dengan 21 murid semua A.

Akhirnya Tahniah buat WARGA PPD KOTA KINABALU atas kerjasama yang dijalin dan kecemerlangan yang diraih. SYUKUR ALHAMDULILLAH.

Selasa, 9 November 2010

MAKLUMAT PENTING BUAT KETUA PANITIA

ASSALAMUALAIKUM WARHMATULLAH.

Kepada semua Ketua Pantia Pendidikan Islam sekolah rendah sila download makluman penting perlu disampaikan kepada ibu bapa untuk pengisian borang permohonan masuk ke tingkatan satu SMKA bagi memudahkan urusan pentadbiran UPI PPDKK. Makluman itu boleh di muat turun di sisipan muat turun kami atau download terus di alamat ini (http://www.4shared.com/file/0raQWP2v/mAKLUMAN_SMKA_KEPADA_IBU_BAPA.html)



Sekian Terima Kasih. KU UPI PPDKK

UCAPAN TAHNIAH

Warga Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu serta semua Guru-Guru Pendidikan Islam PPDKK mengucapkan Tahniah! dan selamat bertugas kepada Yang Berbahagia Dato Abd. Ghafar bin Mahmud sebagai Tuan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) yang baru. Mudahan-mudahan Allah memberkati perlantikan tuan seterusnya meneraju organisasi ke arah kecemerlangan berterusan dunia dan akhirat.

MUAT TURUN BAHAN KSSR BAHASA ARAB


Assalamualaikum warahmatullah. Kepada semua guru-guru Bahasa Arab j-QAF, Bahan KSSR BA boleh didownload di blog kami mulai saat ini. Segala kesulitan amatlah dikesali. Sekian wa syukran.

Ahad, 7 November 2010

IN HOUSE TRAINING

Makluman kepada semua peserta yang telah menghadiri Taklimat Pendedahan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang telah diadakan pada 4/11/2010 di Bilik Sri Manukan PPDKK :

  1. Sila adakan taklimat dalaman bersama semua GPI sekolah masing-masing pelaksanaan KSSR 2011
  2. Mohon muat turun bahan KSSR di blog kami (upippdkk.blogspot.com)
  3. Sila berhubung dengan Jurulatih Utama kami sekiranya masih ada yang tidak jelas berkenaan KSSR
  4. Satu Kursus  khas berkenaan akan diadakan. UPI PPDKK sedang meunggu waran peruntukan tersebut.
Sekian, semoga Allah mengganjari usaha ustaz/ustazah dalam memartabatkan pendidikan Islam. Syukran

BAHAN KSSR BAHASA ARAB

Assalamualaikum .

Kami memohon maaf atas masalah teknikal yang berlaku berkenaan bahan KSSR Bahasa Arab yang kami upload tidak keluar pada paparan muat turun blog kami. InsyaAllah kami akan menyegerakan muat turun bahan tersebut. Proses sedang dijalankan, mohon kerjasama untuk bersabar. Semoga Allah mudahkan segala urusan hamba-hambanya. Aamiin.

PERMOHONAN MASUK KE SMKA 2011

LOGO SMKA
SMKA ditubuhkan dengan beberapa objektif, antaranya:
  • Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
  • Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
  • Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
  • Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.
Untuk itu makluman kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam agar mengedarkan borang permohonan SMKA kepada semua pelajar yang mahu belajar di SMKA.

  • Borang boleh di download di blog kami (upippdkk.blogspot.com) sisipan muat turun/download.
  • Pastikan perkara 13 dalam muka surat 3 diisi oleh ketua panitia atau guru yang mengajar pelajar tersebut.
  • Sila hantar borang yang dikumpul bersama kesemuanya kepada Unit Pendidikan Islam PPDKK - Ustazah Nadzirah Che' Saad 7 hari selepas keputusan UPSR keluar. UPI akan mengeluarkan surat terbaru beserta tarikh akhir selepas keputusan UPSR keluar.

  • Pastikan semua ibu bapa menghantar borang yang lengkap diisi kepada ketua panitia sekolah masing-masing bukan terus kepada UPI. Ini boleh menyebabkan keciciran borang atau penolakan awal permohonan kerana borang yang tidak lengkap.

  • Kelayakan minimum untuk SMKA ialah 2A 3B. Bagi yang ada sijil/keputusan peperiksaan Sekolah Ugama Islam/Sekolah KAFA/ SAR sila sertakan sebagai dokumen sokongan 
Bagi guru-guru yang telah membaca makluman penting ini, sila sebarkan kepada rakan GPI yang lain.

"BERSAMA MEMARTABATKAN PENDIDIKAN ISLAM"

Isnin, 1 November 2010

e-Laporan PPD Kota Kinabalu

 Assalamualaikum warahmatullah. Syukran Jazilan dan terima kasih kepada semua guru-guru j-QAF yang telah bertungkus lumus membantu PPD Kota Kinabalu menyiapkan e-Laporan sekolah masing-masing. Segala penat lelah, usaha dan tenaga yang di curahkan moga diikhlaskan kerana Allah seterusnya mendapat ganjaran darinya.

SYUKRAN JAZILAN