Isnin, 31 Januari 2011

MUAT TURUN BAHAN FESTIVAL NASYID 2011

Salam, sila muat turun bahan Festival Nasyid pada pautan berikut :
1- ( http://www.4shared.com/file/aqkHWI9K/FESTIVAL_NASYID_2011.html ).
2- Muat turun dari sisipan kami "Festival Nasyid"

Format ini menggunakan aplikasi PDF

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA 
DR. HJ. MOHD KASSIM BIN HJ. MOHD IBRAHIM
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH CEMERLANG (DG54). 
SEMOGA ALLAH MENAMBAHKAN RAHMAT KE ATAS HAMBA-HAMBANYA YANG IKHLAS DAN SOLEH.  DAN SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN MENAMBAH NIKMAT YANG MELIMPAH RUAH KEPADA HAMBA-HAMBANYA YANG BERSYUKUR.

MAKLUMAT TERKINI FESTIVAL NASYID


Assalamualaikum wrt. wbt.

Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik kepada kita semua dalam melaksanakan tugasan seharian.

Bersama-sama ini dimaklumkan pelaksanaan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Ke-7 Tahun 2011. InsyaAllah sekiranya kewangan  mengizinkan program ini dapat dilaksanakan peringkat Kebangsaan pada ketetapan berikut :
             Tuan Rumah      :  Johor
             Tarikh               :  05 hingga 08 Julai 2011.

Maklumat ini adalah berkaitan dan perlu kepada ustaz/ustazah jurulatih nasyid peringkat sekolah untuk memulakan latihan bagi tujuan Festival Nasyid
peringkat sekolah/Daerah/Zon

Muat turun tajuk dan perkara berkaitan Festival Nasyid pada link berikut : (http://www.4shared.com/file/AQQosAzD/festivalnasyidsekolahsekolahkp.html). Dokumen berkenaan hanya boleh dibuka menggunakan aplikasi Microsoft Office 2010. Insyaallah esok kami akan berikan pautan muat turun yang baru dengan aplikasi Microsoft Office 97-2003. ...Sekian, mohon disebarkan kepada rakan2 GPA lain.
Sekian, terima kasih

Rabu, 26 Januari 2011

BENGKEL MTQ BERCERITA KISAH NABI DAN SYARAHAN AGAMA

Assalamualaikum warahmatullah

Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam Daerah Kota Kinabalu akan mengadakan bengkel MTQ bercerita dan syarahan agama pada ketetapan berikut :
             Hari : Selasa
             Tarikh : 01 Februari 2011
             Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang
             Tempat : Bilik Mesyuarat SMKA Kota Kinabalu Bukit Padang
Untuk itu kepada semua jurulatih bagi acara tersebut dijemput hadir pada ketetapan di atas. Pihak UPI PPDKK memohon maaf sekiranya tarikh yang dipilih mengganggu cuti tahun baru cina ustaz dan ustazah. Namun oleh kerana kekangan masa dan tempat, maka ini sahaja tarikh yang sesuai untuk kita sama-sama menggembeleng tenaga dan buah fikiran bagi. Mudah-mudahan apa yang diusahakan ini diterima oleh Allah sebagai amal kebajikan dunia dan akhirat. Sekian syukran

Isnin, 17 Januari 2011

ARAHAN PELAKSANAAN PKSR BAHASA ARAB TAHAP 1

Salam, PKSR Bahasa Arab Tahap Satu Untuk Kegunaan 2011 boleh di muat turun melalui laman web Bahagian Perkembanagn Kurikulum ( http://www.moe.gov.my/bpk/index.php?option=com_docman&task=cat_view&gid=142&Itemid=71 ). Kata laluan boleh berhubung dengan UPI Ustaz Arbaen Shawal untuk mendapatkannya. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan kami. Sekian

Selasa, 11 Januari 2011

BORANG MAKLUMAT MURID DAN GURU SEKOLAH RENDAH 2011

Salam semua GPA (Guru Penolong Agama) sekolah-sekolah rendah dan menengah PPD Kota Kinabalu. Sila download / muat turun BORANG MAKLUMAT MURID DAN GURU SEKOLAH RENDAH 2011 (http://www.4shared.com/file/b1xp16BM/BORANG_MAKLUMAT_MURID_DAN_GURU.html) atau muat turun di sisipan kami. Mohon dihantar menggunakan email kepada kami di ( upi.ppdkk@gmail.com ) dengan kadar segera untuk perbekalan keperluan guru sekolah-sekolah daerah kota kinabalu tahun 2011.

Untuk makluman semua GPA, PPDKK buat masa ini sedang mengemaskini data guru kerana berlaku pertukaran keluar masuk guru antara daerah/ luar daerah / negeri. Oleh itu, data yang dikemaskini akan memastikan sama ada guru disekolah masing-masing ada kekurangan atau kelebihan. Sekiranya berkurangan kami akan mengambil tindakan untuk tambah. Sekiranya berlebihan, guru yang lebih akan digerakkan ke sekolah-sekolah kritikal yang sangat memerlukan.

Buat masa ini, data terkini GPA PPDKK tidak ada lebihan guru dan masih menunggu perbekalan baru. Sekian harap maklum.

"MEMPERKASA PENDIDIKAN ISLAM"

Ahad, 9 Januari 2011

BAHAN MTQ (AYAT HAFAZAN,TILAWAH, BERCERITA, SYARAHAN, DLL) 2011

السلام عليكم , berikut adalah bahan-bahan MTQ untuk tindakan sekolah masing-masing. Untuk itu UPI mohon pihak Panitia Pendidikan Islam di PPD Kota Kinabalu mengambil perhatian perkara ini dan sila buat pemilihan murid serta latihan awal agar sasaran kedudukan yang diletakkan dapat dicapai pada tahun ini.

Sila muat turun bahan MTQSS2011 di sisipan muat turun blog kami atau pada link berikut (http://www.4shared.com/file/Ez7pu9no/BAHAN_MTQSS_2011.html) atau pada link (http://www.bpi.edu.my/index.php?option=com_rokdownloads&view=folder&Itemid=28&id=38:mtqss&lang=bm)

Sekian harap maklum

SENARAI NAMA MURID TERPILIH KE SMKA AMBILAN KEDUA TINGKATAN 1 2011

 Assalamualaikum Warahmatullah. Berikut adalah senarai nama murid yang terpilih masuk ke SMKA ambilan kedua tingkatan 1 2011. Buat masa ini surat tawaran belum lagi kami terima, Insyaallah pihak kami akan menghubungi murid-murid yang terpilih sebaik sahaja surat tawaran kami terima. Sekian harap maklum.


NAMA PELAJAR
SEKOLAH
SMKA DITAWARKAN
MUHAMMAD IRFAN ELAHEE
SK SRI GAYA
KOTA KINABALU
SUFI SUPRIANTO SUTIJO
SK TEBOBON
KOTA KINABALU
MUHAMMAD SYAZWAN B. JAINI
SK MUTIARA
KOTA KINABALU
MUHAMMAD AMIR FARHAN B. ABDUL RAHMAN
SK BUKIT PADANG KK
KOTA KINABALU
MOHD HAZIQ WAZINI B. SAIDIL
SK LOK YUK INANAM KK
KOTA KINABALU
KHAIRUDDIN BIN MATNING
SK TANJUNG ARU 1
KOTA KINABALU
MUHAMMAD FARHAN AFNAN ABDUL RAHMAN
SK SRI GAYA
KOTA KINABALU
MUHAMMAD AIZAD B. MOHD JEEFRI
SK PENGKALAN TLDM KOTA KINABALU
KOTA KINABALU
MUHAMMAD AFFAN SYAHIR B. SABARUDIN
SK PENGKALAN TLDM KOTA KINABALU
KOTA KINABALU
HANNANI BINTI ZAINAL
SK TANJONG KARANG
KOTA KINABALU
SITI SOLEHAH BINTI ZAMLI
SRK ST AGNES LIKAS
KOTA KINABALU
ERNIE ELISA BT BUNSU
SK INANAM 2
KOTA KINABALU
ABDUL RAHIM B. NOORDEN
SK LIKAS KK
TUN AHMAD SHAH
MUHAMMAD ASYMAWI ANAS B AB GAIR
SRK ST AGNES
TUN AHMAD SHAH
AHMAD ADNAN BIN AZMI
SK LUYANG
TUN AHMAD SHAH
MOHD ARIF HARIZAN BIN ABD RAHMAN
SK KEPAYAN
TUN AHMAD SHAH
FARAH SHAFIQAH BT SABARUDDIN
SK KOLOMBONG
TUN AHMAD SHAH
NURHANNISHA ATHILLA BT FERUZ KHAN
SK INANAM 2
TUN AHMAD SHAH
HAWWA IFFAH NADIAH BT NUZIE @ MOHD
SK TEBOBON
TUN AHMAD SHAH
IZZ DAFINA  BT MOHD FAUZI
SK MALAWA KK
TUN AHMAD SHAH
EFFA FARAHANI IZZATI BT ABD RAZAK
SK KEPAYAN
TUN AHMAD SHAH
MIOR KHAIRUL RUZAINI B. MIOR AZHAR
SK PENGKALAN TLDM KOTA KINABALU
TUN DATU MUSTAPHA
MUHAMMAD NAZIM B. WAHID
SK TG. ARU II KK
TUN DATU MUSTAPHA
NURFAIQAH BINTI ZULKIFLI
SK TANJUNG ARU 1
TUN DATU MUSTAPHA
AIN NATASYAH SYAHIRA BTE ARBAH
SK KEPAYAN
TUN DATU MUSTAPHA
SHARINAH BT ALAIRIN
SK INANAM 2
TUN DATU MUSTAPHA
NUR AFIFAH BT ARIF
SK BUKIT PADANG KK
TUN DATU MUSTAPHA
ASYILLAH BT ASPUDIN
SK TG. ARU II KK
TUN DATU MUSTAPHA

Selasa, 4 Januari 2011

GURU j-QAF TIDAK BOLEH MENGAJAR SUBJEK LAIN

Assalamualaikum, berhubung isu guru j-QAF diminta mengajar subjuk lain selain Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, pihak kami telah berhubung dengan Sektor Pendidikan Islam (SPI) dan memaklumkan bahawa :

1- Guru j-QAF tidak boleh mengajar subjek lain seperti PJK, KH, dan sebagainya seperti yang dimaklumkan oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM.

2- Ini kerana guru j-QAF adalah guru luar norma

Oleh yang demikian, mana-mana guru j-QAF yang diminta untuk mengajar matapelajaran lain, sila berhubung dengan Unit Pendidikan Islam untuk tindakan lanjut dari pihak kami. Sekian