Isnin, 28 Februari 2011

Jumaat, 25 Februari 2011

PENDAFTARAN NASYID ZON KKU

Salam, pendaftaran kumpulan nasyid ZON KKU masih dibuka secara online di e-mtq.blogspot.com. Buat masa ini hanya 2 buah sekolah sahaja yang telah mendaftar. Mohon kerjasama guru-guru untuk mendaftarkan kumpulan nasyid sekolah masing-masing bg memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan kecemerlangan masing-masing. Sekian , syukran

MTQ ZON KKS DAN ZON KKU

Salam keimanan kepada seluruh GPA ppdkk. Makluman , mohon buat Peckham retaking untuk persediaan MTQ sekolah masing-masing. Jika ada kesempatan, buat raptai untuk persediaan sekolah agar murid-murid yang menyertai ada konfiden Dan keyakinan untuk mempersembahkan yang terbaik. Tahniah bg yang bertungkus lumus membantu murid-murid untuk mencapai keputusan terbaik. Man jadda wA jada wa man zaro'a hasoda

Isnin, 21 Februari 2011

MESYUARAT PENGELOLAAN MTQSS PERINGKAT DAERAH KOTA KINABALU

Salam,
Kepada semua pengetua-pengetua SMK/ SMKA/ SM PPDKK mesyuarat akan diadakan pada ketetapan berikut :
                   Tarikh   : 23 Februari 2011 ( Rabu )
                   Masa    : 2.00 pm - 4.30 pm
                   Tempat : Bilik Mesyuarat Sri Mamutik PPDKK

Mohon kerjasama untuk hadir, sekiranya tuan/puan/Datin tidak dapat mengahdirkan diri mohon dihantar wakil untuk turut serta dalam mesyuarat tersebut. Pertandingan Nasyid akan diadakan semula pada tahun ini. Mohon kesediaan bagi semua sekolah yang menyertai.

BENGKEL HAKIM MTQSS PPD KOTA KINABALU

SALAM,
Berikut adalah butir-butir berkenaan Bengkel tersebut :

               Tarikh   : 24 Februari 2011 (Khamis)
               Masa    : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
               Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Agama Kota Kinabalu
               Keperluan : Buku Peraturan MTQ KPM

Di minta kepada semua GPA yang tersenarai agar dapat menghadirkan diri ke bengkel tersebut, mudah2an Allah memberkati. Sila muat turun senarai nama hakim terlibat pada pautan ini ( http://www.4shared.com/document/ge71AFoV/Senarai_Hakim_MTQ_PPDKK_2011.html ) atau muat turun dari sisipan di blog ini. Syukran

Rabu, 16 Februari 2011

PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1432H/2011M

Salam, Terima Kasih kepada semua Warga UPI PPDKK kerana dapat telah memberikan kerjasama yang jitu dalam menjayakan majlis Perarakan Maulidur Rasul tahun ini. Mudah-mudahan Allah merahmati hamba-hambanya yang ikhlas. Dan semoga kecintaan kita terhadapa junjungan Besar Muhammad S.A.W semakin hari semakin meningkat. Syabas dan Tahniah kepada semua ustaz/ustazah warga UPI PPDKK. Insyaallah tahun depan boleh sertai lagi



Ahad, 13 Februari 2011

KENALI RASULULLAH S.A.W


Maulidur rasul s.a.w.

1- PENGENALAN
 
Nabi Muhammad s.a.w diutuskan sebagai Rasul terakhir. Tidak ada lagi Nabi atau Rasul selepasnya. Baginda bersifat dengan sifat kemuliaan yang tidak pernah dimiliki oleh sesiapa pun di muka bumi ini. Ia bertugas menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia. Menyelamatkan mereka daripada kesesatan dan tidak mengakui kekuasaan Allah  sebagai pencipta kepada sekelian makhluk.

Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang manusia yang paling dikasihi oleh Allah dan menjadi penghulu kepada sekalian Nabi dan Rasul. Allah  mahukan semua manusia supaya mencontohi sifat-sifatnya.


2- DETIK KELAHIRAN.


Waktu fajar 12 Rabiul Awal. Tahun Gajah. Bersamaan 12 April 571 (M), satu kumpulan wanita telah diutus oleh Allah bersiap sedia di sisi Aminah. Mereka ialah Asiah isteri Firaun, Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa a.s dan diiringi bidadari-bidadari dari syurga.

Saatnya telah tiba. Aminah  melahirkan seorang putera, bercahaya gilang-gemilang, kedua-dua tangannya bertelekan di muka bumi, kepalanya mendongak ke atas, kedua matanya merenung tajam ke arah langit, keadaannya berbau harum, bersih berseri-seri, sudah siap dikhatankan dan sudah siap dipotong tali pusatnya. Semuanya ini dilakukan sepantas kilat oleh petugas-petugas istimewa dari syurga.

Abdul Mutalib yang sedang tawaf di Kaabah segera mendapatkan cucunya itu, dibawa masuk ke dalam Kaabah.Ia berdiri sambil berdoa dan bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang baharu sahaja diterima itu.
  
3- MENGENAL FIZIKAL RASULULLAH (S.A.W)
  
Adalah diceritakan bahawa pertumbuhan jasmani Rasulullah s.a.w  sehari sama dengan pertumbuhan  kanak-kanak biasa sebulan. Usia tiga bulan boleh berdiri. Lima bulan pandai berlari. Sembilan bulan pandai bertutur dengan lancar dan fasih. Di antara dua belikatnya terdapat tanda khatamun Nubuwah yang sentiasa memancar dan dapat dikesan oleh orang yang memandangnya.

Baginda membesar dengan wajah yang berseri-seri. Cahaya wajahnya sentiasa bersinar seperti bulan purnama. Tinggi perawakannya. Kulitnya putih kemerah-merahan. Luas kedua-dua belah matanya. Kening dan bulu matanya melengkung indah. Tajam dan putih bersih giginya. Lebar sedikit mulutnya. Mulus pipinya bersih. Hidungnya mancung indah.  Tangannya lembut bagaikan sutera.

Bidang bahunya lebar. Kukuh kedua belah tangannya. Kuat tulang-tulang sendinya. Sedikit daging di tumitnya. Tebal janggutnya. Rambutnya terurai kemas mencecah bahu. Peluhnya bagaikan butiran mutiara, sentiasa berbau wangi. Tenang setiap langkah bejalannya, agak sedikit tunduk seolah-olah orang sedang berjalan menurun bukit.

Apabila Baginda berjabat tangan, tinggallah bau semerbak di tangan orang yang dijabatnya sepanjang hari. Apabila Baginda mengusap kepala kanak-kanak maka akan segeralah diketahui sentuhan itu kerana baunya yang semerbak mewangi.
  
4- MENGENAL PERIBADI RASULULLAH S.A.W.
  
Adalah Rasulullah s.a.w  itu seorang yang pemalu dan rendah hati.  Baginda menjahit sendiri kasutnya yang rosak, menampal bajunya yang koyak, memerah susu kambingnya sendiri dan suka membantu kerja-kerja rumah tangga dengan senang hati.

Baginda amat kasih kepada fakir dan miskin, mahu sahaja duduk bersama mereka, fakir miskin yang sakit segera dijenguk, jenazah mereka dihantar sampai ke kuburan. Baginda tidak pernah memandang rendah walaupun betapa sengsaranya mereka.

Baginda sentiasa bersifat pemaaf. Tidak pernah menyakiti hati orang. Mahu sahaja berjalan dan menghormati orang-orang tua, perempuan-perempuan dhaif dan juga hamba-hamba sahaya.

Baginda tidak pernah melutut kepada raja-raja. Marahnya hanya kerana Allah  dan sukanya juga hanya kerana keredhaan Allah. Apabila berjalan Baginda berada di belakang sahabat dan di belakangnya pula diiringi oleh para Malaikat.

Baginda juga pernah menunggang unta, kuda lumba,baghal, dan himar hadiah orang kepadanya. Pandangannya terhadap kekayaan dunia sangat istimewa. Pernah gunung Uhud menawarkan diri menjadi emas untuk Baginda namun ditolaknya. Pada hal ketika itu Baginda sedang mengalas perutnya dengan seketul batu kerana kekurangan makanan.

Baginda amat sedikit sekali bercakap sia-sia. Sentiasa mendahului mengucapkan salam kepada sesiapa yang ditemuinya. Panjang solatnya. Pendik khutbah Jumaatnya. Baginda sentiasa bergaul mesra, pernah berjenaka kepada isteri-isterinya dan sahabat-sahabatnya.

Baginda tidak pernah sekali membalas kejahatan dengan kejahatan. Apabila dicaci maki, Baginda membalas cacian itu dengan kata-kata  yang sangat lembut dan senang didengar oleh semua orang.

Sesungguhnya, peribadi dan akhlak Rasulullah s.a.w  itu sangat mulia dan luhur. Baginda pernah bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya aku diutus ke dunia ini adalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”.

5- SEDUTAN PERISTIWA.

1        Pada hari kelahiran Rasulullah s.a.w. Abrahah bersama 60.000 orang tentera dan 1,000 ekor gajah telah dibinasakan oleh Allah melalui peristiwa Ababil.

2        Halimah As- Saadiah menyusui dan mengasuh Nabi sahingga berusia 4 tahun.

3        Usia 4 tahun Baginda dibawa oleh ibunya ke Madinah menziarahi pusara ayahandanya. Dalam perjalan pulang bondanya wafat.

4        Usia 6 tahun datuknya wafat. Baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

5        Usia 12 tahun Abu Talib membawa baginda ke Syam. Seorang Padri Yahudi menasihati Abu Talib supaya membawa Baginda pulang kerana ditakuti akan dibunuh oleh orang-orang Yahudi.

6        Usia 25 tahun Baginda berkahwin dengan Khadijah bt Wahab.

7        Usia 35 tahun  Baginda diberi penghormatan kerana menyelesaikan perbalahan kaun mengenai Hajar Aswad.

8        Usia 40 tahun diangkat menjadi Rasul

9        Usia 51 tahun berlaku peristiwa Isra’ Mi’raj

10    Usia 52 tahun baginda berhijrah ke Madinah.  Peristiwa tersebut dijadikan sebagai permulaan tahun Hijrah.

11    Usia 63 tahun Baginda wafat. Iaitu pada 12 Rabiul Awal 11 tahun selepas hijrah
  
6- ORANG-ORANG QURAISYI MENENTANG NABI.

Orang-orang musyrik berusaha sedaya upaya  menentang dan menghentikan seruan Baginda. Mereka sangat marah dan membenci Nabi dan pengikut-pengikutnya. Mereka menghalang orang Islam beribadat. Orang kuat mereka ialah Abu Jahal dan Abu Lahab.

Pernah Baginda ditawarkan dengan harta kekayaan, pangkat yang tinggi dan berbagai-bagai tawaran lagi supaya Baginda berhenti mengembangkan Islam, namun semua tawaran itu ditolak. Pembesar-pembesar meraka bertambah marah dan bertindak melakukan kekejaman terhadap penganut-penganut Islam. Antara orang-orang yang diseksa ialah:-

1        Abu Bakar Al – Siddik telah dipukul dan dipijak-pijak hingga berdarah-darah.
2        Osman bin Affan telah diikat kedua tangannya ke tengkuk dan dihalau dari ahli keluarganya.
3        Bilal bin Rabah diikat tangan dan kakinya kemudian disebat dan jemur di tangah padang pasir. Dadanya ditindih dengan batu yang besar.
4        Yasir dan keluarganya syahid kerana rumahnya dibakar.
5        Syamiah isteri Yasir diikat dan dijemur di padang pasir hingga mati.
6        Zunairah seorang hamba Abu Jahal  dicucuk matanya dengan kejam hingga buta.
7        Abdullah bin Masud dipukul hingga berlumuran darah ketika sedang membaca Al-Quran di dalam masjid.

Ramai lagi orang-orang Islam yang diseksa dengan berbagai-bagai seksaan yang mengerikan supaya mereka  kembali kepada agama menyembah berhala, tetapi semuanya gagal. Orang-orang Islam tetap teguh berpegang dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. walaupun mereka terpaksa menghadapi berbagai penderitaan.
  
7- ASAS AJARAN YANG DIBAWA OLEH RASULULLAH S.A.W.
 
Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan ajaran Islam kepada semua manusia. Mereka diminta meninggalkan perbuatan menyembah berhala. Mereka diajar supaya menyembah Allah tuhan yang asa. Mereka dididik dan diajar melakukan perkara-perkara yang baik dan meninggalkan perbuatan-perbuatan yang jahat. Mereka diajar supaya beriman dengan perkara-perkara berikut:-

1.      Beriman  kepada Allah
2.      Beriman kepada Malaikat.
3.      Beriman kepada Rasul.
4.      Beriman kepada Kitab.
5.      Beriman kepada hari Kiamat.
6.      Beriman kepada Qadhak dan Qadar.
 
Orang-orang yang telah beriman diajar dan dilatih pula supaya melakukan perkara-perkara berikut:-

1.      Mengucap dua kalimah syahadat
2.      Mendirikan solat lima waktu.
3.      Puasa di bulan Ramadhan.
4.      Mengeluarkan Zakat
5.      Menunaikan fardhu Haji.

Disamping itu juga penganut-penganut Islam diajar, dididik dan dilatih supaya memiliki peribadi yang mulia dan terpuji serta berakhlak tinggi. Antaranya ialah:-

1.      Sentiasa bersabar.
2.      Sentiasa bercakap benar.
3.      Sentiasa jujur dalam semua hal.
4.      Sentiasa bersifat Amanah.
5.      Sentiasa hurmat ibu bapa dan orang yang lebih tua.
6.      Sentiasa bertawakal kepada Allah.
7.      Sentiasa menepati janji.
8.      Sentiasa merendah diri.
9.      Baik hati.
10.  Pemaaf dan lain-lain lagi
  
8- MU’JIZAT RASULULLAH S.A.W.

Mu’jizat ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para nabi dan rasul sebagai bukti kebenarannya. Antara mu’jizat yang Allah berikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ialah:-

1.      Mendampingkan cahaya bintang Zuhrah ke dalam diri Rasulullah s.a.w sejak dari mula Baginda dilahirkan.

2.      Cahaya terang benderang diseluruh daratan dan pergunungan tanah Haram Mekah.

3.      Berubah segala penderitaan dan kesusahan ibu susunya kepada kebahagiaan dan kesejahteraan.

4.      Dilindungi oleh awan dari cahaya panas matahari ketika berjalan di tengah padang pasir.

5.      Dibelah dadanya oleh dua Malaikat, dikeluarkan daripadanya gumpalan darah beku berwarna hitam, diganti dengan hikmah dan dipenuhi dengan keimanan.

6.      Memberi makan dan minum kepada orang ramai dengan hanya makanan dan minuman yang sidikit tetapi cukup.

7.      Boleh melakukan sesuatu yang luar biasa dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran seperti yang berlaku ketika rumah Baginda dikepung oleh orang-orang kafir yang hendak membunuhnya.

9- PENUTUP.

Sempena menyambut hari keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w ini marilah kita tingkatkan keimanan dan rasa cinta dan kasih kita kepada Baginda dengan mengerjakan segala ajaran yang dibawanya. Tinggalkan segala larangan dan tegahannya. Cekalkan hati menghadapi kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. Jangan biarkan diri terhumban jauh ke dalam perbuatan-perbuatan  maksiat dan dosa.

Allah akan membalas segala perbuatan yang kita lakukan semasa hidup ini. Baik dibalas dengan baik dan begitulah sebaliknya.

Sabtu, 12 Februari 2011

MAJLIS PERASMIAN GELANGGANG SUKAN,PROGRAM AKADEMIK ALAWI DAN JASAMU DIKENANG

Alhamdulillah program yang dirancang berjalan jua akhirnya. Kehadiran Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Yang Berbahagia Tuan Haji Abd Rashid bin Ngah untuk merasmikan majlis tersebut menambah seri lagi majlis yang dirancang. Syukur juga kepada Allah SWT yang merencanakan semua ini berjalan lancar. Mudah-mudahan dengan nikmat kurniaan Allah ini kepada warga SMKA TUNAS Akan menambah semangat untuk terus menggarap kecemerlangan Demi kecemerlangan disamping terus mengingati Allah SWT atas segala nikmat yang dikurniakan.

Selasa, 8 Februari 2011

MUAT TURUN CONTOH LAGU NASYID PADANG PASIR

Contoh lagu nasyid padang pasir untuk ciptaan sekolah masing-masing, mohon muat turun dari laman blog kami

IN-HOUSE TRAINING PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM PPDKK

Salam, mohon kerjasama daripada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah-sekolah PPDKK untuk mengadakan taklimat in-house training kepada semua guru penolong agama sekolah masing-masing. Untuk bahan taklimat sila muat turun dari pautan ini (http://www.4shared.com/file/1QpwsBdT/PENGURUSAN_UPI_2011.html) atau muat turun di laman blog kami (POWERPOINT PENGURUSAN UNIT PENDIDIKAN ISLAM 2011). Syukran

Isnin, 7 Februari 2011

MESYUARAT PENGURUSAN UPI PPDKK BIL1/2011

Assalamualaikum warahmatullah.

Ustaz/ustazah Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah PPD Kota Kinabalu adalah dijemput hadir ke mesyuarat pengurusan pendidikan islam bil.1/2011 pada ketetapan berikut :

       Tarikh : 08 Februari 2011
       Masa  : 02.00 pm - 04.30 pm
       Tempat : Bilik Mesyuarat Sri Manukan, Tigkt 5 Bgnan KWSP

Kehadiran adalah wajib, surat edaran telah dihantar melalui pigeon hole dan mesin faksimili pada minggu lepas. Sila muat turun surat mesyuarat pada pautan ( http://www.4shared.com/file/KjfeZAqL/Mesyuarat_Pengurusan_UPI_Bil1-.html ) atau muat turun dari sisipan kami. Sekian Harap Maklum

Selasa, 1 Februari 2011

MUAT TURUN INSTRUMEN PEMANTAUAN

Salam, Kepada semua ketua panitia Pendidikan Islam mohon memuat turun intrumen pemantauan bagi tujuan proses dokumentasi sistem fail panitia masing-masing. Dengan insrumen yang dimuat turun, mohon pastikan semua keperluan yang diminta dalam instrumen disediakan terlebih dahulu sebelum pemantauan menyeluruh UPI ke sekolah-sekolah PPDKK berjalan. Dengan tujuan lain jadikan instrumen sebagai rujukan keperluan pemantau oleh pihak PPD dan Jabatan Pelajaran mahupun KPM.

 Kami berharap dengan ini, pihak UPI dapat membantu dari sudut persediaan awal sekolah (Panitia Pend. Islam) sebelum pemantauan dijalankan. Dalam masa yang sama jurang kerja dapat dirapatkan antara UPI PPD dengan Panitia Pendidikan Islam sekolah PPDKK.

Pautan Muat turun ( http://www.4shared.com/file/HkTBvjlo/INSTRUMEN_UPI.html ) atau muat turun di sisipan kami INSTRUMEN PEMANTAUAN