Rabu, 20 April 2011

MTQSS PERINGKAT NEGERI SABAH 1432H/2011M

Alhamdulillah, setelah ilmu diperturun oleh guru-guru, setelah masa dikorban, setelah keringat diperah, akhirnya MTQ sampai ke peringkat hujungnya. Tanggal 19 April 2011 merakamkan detik-detik pahit dan manis buat peserta-peserta MTQ  yang selama ini telah berusaha demi mecari keredhaan Ilahi melalui bakat-bakat anugerah Ilahi dalam menyampaikan dakwah melalui medium dakwah yang berbeza. Bagi kami Unit Pendidikan Islam, semua peserta telah memenangi anugerah yang cukup bernilai di sisi agama selaku barisan pelapis pendakwah negeri Sabah bagi generasi-generasi mendatang. Kemenangan bukanlah matlamat utama, tetapi proses mencari ilmu itu dalam menyampaikan dakwah adalah yang lebih utama.
      Bagi pelajar yang menang anda sedang diuji dengan nikmat kemenangan yang hanya sementara. Maka seharusnya perasaan mendabik dada, hebat dan takabur hendaklah dijauhi. Maka hiasilah diri dengan merendah diri dan rasa syukur pada Ilahi. Bagi peserta yang diuji dengan kekalahan pula, buatlah muhasabah diri, mungkin disana kita pernah melakukan perkara-perkara yang menjemput kekalahan. Antaranya sifat berbangga diri, mendabik dada, tidak menghormati guru, "over confident" dan sebagainya.
     Apapun yang berlaku kita pasrah pada ketentuan Ilahi. Yang berjaya anda ada satu halangan lagi yang perlu ditempoh. Yang tidak berjaya buat persediaan untuk tahun hadapan. Sekian dari Unit Pendidikan Islam PPDKK Syabas !!!! buat semua guru-guru, ibu bapa, murid dan kakitangan kerajaan yang terlibat menjayakan MTQ tahun ini.

KEPUTUSAN MTQSS BAHAGIAN BARAT 1432H/2011M

4 Emas, 3 Perak, 2 Gangsa. Bahagian Barat Juara Keseluruhan dengan pungutan mata 1102mata dengan peratusan pencapaian 78.71%.

EMAS
1- Tilawah Al-Quran Rendah Lelaki - Bakhtiar Mustaqim SK Bukit Padang
2- Hafazan Menengah Perempuan - Wafa' Sarip SMKA Tun Ahmadshah
3- Syarahan Agama Lelaki - Al Said Utoh Karah SMKA Kota Kinabalu
4- Bercerita Kisah al-Quran - Mohd Aidzal Mohd Isa SK Bukit Padang

PERAK
1- Tilawah Al Quran Menengah Lelaki - Syed Mohd Ridzuan Raflee SMKA Tun Ahmadshah
2- Hafazan Rendah Perempuan - Umairah Abdul Wahab SK Likas
3- Nasyid Menengah - Kump Iftikhari SMK SANZAC

GANGSA
1- Tilawah Al Quran Menengah Perempuan - Norlisawati Zainal PPD Ranau
2- Hafazan Menengah Lelaki - Ahmad Amri Ku Othman SMKA Tun Ahmadshah




Khamis, 7 April 2011

PROGRAM LATIHAN BERPUSAT PPD KOTA KINABALU

Salam, Mohon kerjasama daripada seluruh warga pendidik Pendidikan Islam daerah Kota Kinabalu yang terlibat dengan latihan berpusat untuk mengambil maklum perkara ini. Ketetapan program adalah seperti berikut :
Tarikh   : 08 - 09 April 2011
Tempat : SMK Agama Tun Ahmadshah, Inanam


Senarai Keperluan Peserta (2 hari 1 malam)

10.1     Sabun mandi, berus dan ubat gigi.
10.2     Cadar, sarung bantal dan selimut.
10.3     Pakaian harian (hendaklah menutup aurat).
10.4     Kasut sekolah.
10.5     Wang saku.
10.6     Keperluan lain.
           
*Keselamatan barang-barang  peserta adalah tanggungjawab sendiri


Senarai Jurulatih


BIL

NAMA  JURULATIH

SEKOLAH

BIDANG BIMBINGAN

1

2


Mohd Syaiful Azlan bin abu Yazid

SK Pg. Siti Hafsah
Tilawah Ren  (L) & (P)
Dan Simpanan (P)
3
4

Nor Asmawati binti Ismail
Jasmi bin Abbas

SK Bukit Padang
SK Bantayan
Cerita Ren  (L) & (P)
5
6
Mohd Kahiru bin Mahadi
Shahrul Nizam bin Saud
SK Likas
SK Tebobon

Hafazan Ren  ( L) & ( P)
Dan Simpanan (P)
7
8

Amir Hussin bin Baadu
Mohd Yusuf bin Mohd Daud

SMK Agama KK
SK Likas

Tilawah Men  ( L ) & ( P )
Dan Simpanan (P)
9
10
11

Nik Anuar bin Zakaria
Naim bin Majin
Hjh. Khuzaifah binti Jusoh

SMKA K.Kinabalu
SMKA TUNAS
SMK Inanam

Syarahan Men (L)
Syarahan Men (P)


12
13

Mohd Hafizi bin Ibrahim
Zaihan Hairuzialani bt Mat Jusoh

SMK Agama TUNAS
SMK Agama KK
Hafazan Men   (L ) & ( P ) Dan  Simpanan
14
15
16
17
Kheiril bin Abdul Kadir
Ngatiah binti Seju
Anita binti Mustapha
Norlaila Hadimin
SK Luyang
SM SANZAC
SK Bukit Padang
SK Bukit Padang
Nasyid (SR) & (SM)

JADUAL PENUH LATIHAN BERPUSAT MTQSS DAERAH KOTA KINABALU
08 April 2011 (Jumaat)

PETANG – MALAM
02.00 – 04.00      - Pendaftaran Peserta dan Guru Pengiring
                                - Solat Asar di Masjid TUNAS
04.15 – 05.00      - Taklimat Program
                                                - Bacaan Doa
                                                - Taklimat Penginapan oleh Tuan Rumah
- Ucapan dan Taklimat Latihan Berpusat (Kumpulan, Tempat, Jurulatih,
  Jadual, Sasaran,Disiplin)
                                                - Bersurai
05.00 – 08.00      - Urus Diri / Kendiri
                                                - Makan Malam
                                                - Solat Maghrib Berjemaah                   
                                                - Solat Isyak Berjemaah
                                                - Solat Hajat (Kontinjen PPDKK)
08.30 – 10.00      - SESI BIMBINGAN LATIHAN 1
10.00 – 10.30      - Supper /Minum Malam
10.30                   - Tidur

09 Apriil 2011 (Sabtu)

PAGI – PETANG
04.30 – 05.00      - Urus Diri / Kendiri
05.00 – 05.30      - Solat Subuh Berjemaah
05.30 – 06.00      - Bacaan Yasin (Kontinjen PPDKK)
06.00 – 07.00      - Urus Diri / Kendiri
07.00 – 08.00      - Sarapan Pagi
                                - Kehadiran Jurulatih
                                - Kehadiran Penyelaras Pagi (UPI PPDKK)
08.00 – 10.00      - SESI BIMBINGAN LATIHAN 2
10.00 – 10.30      - Minum Pagi
10.30 – 12.30      - SESI BIMBINGAN LATIHAN 3
12.30 – 02.00      - Urus Diri / Kendiri
                                                - Solat Zohor Berjemaah
                                                - Makan Tengahari
02.00 – 04.00      - SESI BIMBINGAN LATIHAN 4
                                - Solat Asar
04.00 – 05.00      - Raptai Persediaan MTQSS Peringkat Bahagian Zon Barat 2011
05.00 – 05.30      - Minum Petang  dan Bersurai


* Sebarang perubahan tertakluk kepada pindaan terkini pihak urusetia.
* Urusetia           - Ustaz Saimin Atip                          0178108514
                                - Ustaz Nadzirah Che Saad          0168105082