Khamis, 26 Mei 2011

e-LAPORAN V11

Salam,

Makluman kepada semua GPI j-QAF, sila muat turun perisian e-Laporan V11 di laman sesawang berikut :

1. http://www.bpi.edu.my/index.php?option=com_rokdownloads&view=folder&Itemid=28&id=123%3Apelaporan&lang=en

2. http://e-laporan.blogspot.com/2011/05/download-e-laporan-v11.html

3. www.upippdkk.blogspot.com- sisipan muat turun j-QAF

Untuk itu, diminta semua GPI j-QAF membuat "key-in" pengisian data pelaporan Jawi, Quran, Arab, Fardhu Ain lebih awal pada cuti sekolah agar bengkel yang akan dijalankan pada bulan Jun nangti berjalan lancar. Sebarang pertanyaan pengisian sila berhubung dengan Us Saimin Atip atau Zahar Rashid.

sekian harap maklum.

Ahad, 15 Mei 2011

TAKLIMAT PROGRAM KAA DI SPI

SALAM,

SATU SESI TAKLIMAT KELAS ALIRAN AGAMA  AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN BERIKUT :

TARIKH : 18 MEI 2011 ( RABU )
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SPI, TINGKAT 5, BLOK B, BANGUNAN KWSP
MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12.30 TENGAHARI

BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (SMK) DIMINTA HADIR
1. PENGETUA    2. GURU KKQ   3. GURU BAHASA ARAB

BAGI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) DIMINTA HADIR
1. GURU KKQ SAHAJA

KEHADIRAN ADALAH WAJIB. SEBARANG PERTANYAAN SILA BERHUBUNG DENGAN USTAZ ARBAEN SHAWAL 019-2468484. SEKIAN HARAP MAKLUM.

TAKLIMAT KEM BESTARI SOLAT BERSAMA SPI

SALAM.

SATU SESI TAKLIMAT KEM BESTARI SOLAT AKAN DIADAKAN UNTUK SEMUA SEKOLAH RENDAH PROGRAM j-QAF DAERAH KOTA KINABALU YANG AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN BERIKUT :

TARIKH : 18 MEI 2011 ( RABU )
TEMPAT : BILIK/DEWAN PTPTL, BANGUNAN KWSP

SETIAP SEKOLAH DIKEHENDAKI HADIR 1. GURU BESAR   2. PENYELARAS j-QAF   3. KERANI/ PT KEWANGAN SEKOLAH. KEHADIRAN ADALAH WAJIB.

SEBARANG PERTANYAAN SILA BERHUBUNG TERUS DENGAN USTAZ SAIMIN ATIP DI UPI PPDKK

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kami ucapkan kepada semua warga pendidik Guru Pendidikan Islam Daerah Kota Kinabalu.

Jadilah Guru yang hadirnya di tunggu-tunggu dan dinanti-nanti, hilangnya dirindu, ilmunya diburu, kasihnya dialu-alu, nasihatnya diseru, tingkahlakunya ditiru, Tetapi.... Janganlah jadi guru hadirnya haru biru, hilangnya tak tahu, ilmu tak diperlu, kasihnya pilu, nasihatnya kedu, tingkahlakunya ... Allahu Akbar.. Allah saja yang tahu. Selamat Hari Guru Dari Kami Unit Pendidikan Islam PPD Kota Kinabalu

Isnin, 2 Mei 2011

E-LAPOPARAN 2011




Berikut keputusan mesyuarat berkaitan perubahan format laporan pencapaian j-QAF 2011.

1. Peneraju pelaporan ialah Bahagian Pendidikan Islam 2011. Bukannya Bahagian Pembangunan Kurikulum. Justeru, Ketua Unit ialah Ustazah Farhana. Bukannya Ustazah Noorazza.
2. Penetapan KPI j-QAF (Pelunjuran 2011 - 2016 )
3. Mencetak sijil pencapain j-qaf di tahun 6 menggunakan esekolah. Oleh itu, Key in no surat beranak atau kad pengenalan murid untuk tahun 6 sahaja.
4. Bahan dimuatturun di halaman www.bpi.edu.my
5. Item Kem Bestari Solat ialah BM (Belum Menguasai) dan MC (Menguasai). Tiada MS (Menguasai Sederhana)
6. Bahasa Arab Tahap 1 ialah setiap bulan ialah 10 markah. 50 markah ialah markah ujian semester.
7. Al-Quran dan Jawi 6 Bulan Tahun satu dilapor 2 kali setahun. Termasuk sekolah bukan program j-QAF.
8. Pencapaian al-Quran tahun 1 menggunakan pencapaian iqra' semasa. Manakala teks penilaian al-quran tahun satu digunapakai untuk ujian saringan di awal tahun.
9. Untuk mengesan tidak khatam al-quran, penambahan profil murid di tahun 6 seperti berikut :
a. Saudara baru.
b. ponteng.
c. masalah pembelajaran.
d. murid inklusif / pendidikan khas.
e. murid bukan program j-qaf
10. Rumusan solat ialah gabungan amali solat(perlakuan) dan (bacaan). contohyna, jika BM di perlakuan dan MC di bacaan, makan dikira BM.
11. Markah jawi dikira total. Maknanya tiada kolum a, b dan c.

Dipengerusikan oleh Timbalah Pengarah, Pengurusan Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam.

Insya-Allah, akan dimuatnaik selepas taklimat 10-12 Mei. Terima kasih.

Read more: http://e-laporan.blogspot.com/2011/04/e-lapoparan-2011.html#ixzz1LF1JRSOY