Isnin, 9 Januari 2012

SALAM PERSEKOLAHAN 2012

Salam Persekolahn 2012
    Buat guru-guru agama daerah Kota Kinabalu selamat bertugas kembali ke sekolah masing-masing. Pasang tekad dan azam baru tahun 2012 agar dakwah dapat disampaikan secara menyeluruh kepada semua umat manusia terutama disekolah masing-masing.
    Tahniah kepada guru-guru yang telah bersedia lebih awal dengan semangat P&P 2012 ini. Teruskan usaha membimbing anak-anak bangsa mengenal Allah yang maha esa. Buat guru-guru yang masih belum mendapat rentak, mohon dari Allah agar di tunjukkan jalan yang mudah, mohon keikhlasan hati dan rezeki. Mudahan-mudahan yang sukar akan menjadi mudah, yang berat akan menjadi ringan, yang jauh akan berdekatan.
    Buat guru-guru yang memohon pindah dan tidak berjaya pindah, insyaallah ada rezeki di lain tahun. Bergantunglah dengan Allah dan mohonlah denganNya yang maha kuasa. Bagi guru-guru agama yang dapat berpindah pula, pahatkanlah kenangan bersama mendidik anak-anak di Sabah ini sebagai satu kenangan dalam mencari redha Ilahi.
     Selamat bertugas dan selamat maju jaya 2012. Laksanakan niat Hijrah tahun 1433H.

Dari Kami Unit Pendikan Islam PPDKK