Rabu, 30 Januari 2013

MUAT TURUN BAHAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH 2013 http://www.bpi.edu.my/v1/index.php/muaturun/item/makluman-pelaksanaan-fnss?category_id=5

Kenyataan Akhbar Pelaksanaan Soft-Landing PPSMI

Kenyataan Akhbar Pelaksanaan Soft-Landing PPSMI

ppsmi
KENYATAAN AKHBAR
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
DAN MENTERI PELAJARAN
MENGENAI PELAKSANAAN SOFT-LANDING PPSMI
Kerajaan pada tahun 2009 telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan  Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Manakala di sekolah menengah, Bahasa Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matematik dan Sains.

Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009 juga telah membenarkan Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan soft-landing.

Berdasarkan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 telah menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada tahun 2011 di mana murid Tahun 1 pada tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia di semua peringkat persekolahan, Kementerian juga memutuskan bermula tahun 2012, murid Tingkatan 1 akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan 1 bermula tahun hadapan telah menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana dibimbangi anak-anak mereka yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak.

Setelah mengambil kira pandangan ibu bapa, kabinet pada hari ini memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya,  bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun hadapan.

Ini bermakna semua murid kohort PPSMI yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dibenar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5.

Perlu diperjelaskan di sini juga, murid Tahun 3 hingga Tahun 6 2012 dibenarkan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau kedua-dua bahasa di sekolah kebangsaan ; bahasa Inggeris, bahasa Cina atau kedua-dua bahasa di SJKC; dan bahasa Inggeris, bahasa Tamil atau kedua-dua bahasa di SJKT seperti yang diputuskan oleh jemaah Menteri pada bulan Julai 2009.

Bagi murid yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa, mereka dibenar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Dengan keputusan ini, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun, kerajaan berharap keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI, iaitu murid Tahun 2 hingga Tingkatan 5  tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam BI sehingga tamat tingkatan 5 dapat melegakan hati ibubapa. Kerajaan yakin dengan keputusan ini pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tidak akan terjejas.

Dengan pendekatan soft-landing ini, pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua matapelajaran ini adalah pada tahun 2021.

Kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah Kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.

Dapatan kajian menunjukkan, kurang 5 peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang 9 peratus daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Berdasarkan dapatan ini, kebanyakan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia.Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan.

Hasil kajian lapangan yang dijalankan oleh Kementerian dengan mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian di dalam kelas, pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temubual murid-murid mendapati murid sukar memahami matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua matapelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.

Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris. Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.

Kerajaan berharap pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan dasar MBMMBI dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, ilmu sains dan matematik di kalangan pelajar serta mendaulatkan bahasa kebangsaan.


Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri
4 November 2011

BAHAN-BAHAN DASAR DAN PANDUAN PERLAKSANAAN jQAF

SALAM

GURU-GURU JQAF BOLEH MEMUAT TURUN BAHAN-BAHAN DASAR DAN PANDUAN j-QAF SERTA PANDUAN PERLAKSANAAN DI PAUTAN SEPERTI BERIKUT :

1. BUKU PANDUAN, DASAR DAN PERLAKSANAAN j-QAF
(http://www.4shared.com/zip/PTApDOYv/Buku_Panduan_Dasar__Pelaksanaa.html)

2. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun 1 (http://www.4shared.com/zip/-GaVOIQ4/Panduan_Pelaksanaan_Model-Mode.html)

3. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun 2 (http://www.4shared.com/zip/-jr0b27U/Panduan_Pelaksanaan_Model-Mode.html)

4. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun 3 (http://www.4shared.com/zip/vOzR8NPn/Panduan_Pelaksanaan_Model-Mode.html)

5. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun 4 (http://www.4shared.com/zip/SGQPLl5h/Panduan_Pelaksanaan_Model-Mode.html)

6. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun 5 (http://www.4shared.com/zip/SOsMsviJ/Panduan_Pelaksanaan_Model-Mode.html)

7. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun 6 (http://www.4shared.com/zip/Hy1gfEWV/Panduan_Pelaksanaan_Model-Mode.html)

Isnin, 14 Januari 2013

PANDUAN PELAKSANAAN MODEL-MODEL P&P, KOKURIKULUM & RANCANGAN TAHUNAN j-QAF

Adalah dimaklumkan bahawa Panduan Pelaksanaan bagi Model  P&P, Kokurikulum dan Rancangan Tahunan j-QAF boleh dimuat turun melalui pautan seperti di bawah:
(http://www.bpi.edu.my/v1/index.php/2-uncategorised/180-panduan-pelaksanaan-model-model-pap-kokurikulum-a-rancangan-tahunan-j-qaf)

BAHAN MTQSS KE-39 2013

Mohon sekolah-sekolah daerah Kota Kinabalu untuk memuat turun bahan MTQSS 2013 di laman sesawang berikut (http://www.bpi.edu.my/v1/index.php/muaturun/item/bahan-bahan-mtqss-ke-39?category_id=4) untuk persediaan awal sebelum pertandingan bermula. Sekolah di pohon mengambil inisiatif untuk mengadakan MTQSS awal diperingkat sekolah untuk memilih wakil sekolah masing-masing.

TAKLIMAT PERLUASAN PROGRAM j-QAF KE SJK(C)

Taklimat perluasan j-QAF kepada Guru Besar dan Guru jqaf SJK(C) di PPDKK pada ketetapan berikut :

Tarikh    : 15 Januari 2013
Masa     : 02.30 pm
Tempat  : Bilik Mesyuarat Sri Manukan
*p/s : Mohon sekolah yang terlibat hadir agar dasar sedia ada dapat dilaksanakan.

Rabu, 2 Januari 2013

SELAMAT BERTUGAS KEPADA SEMUA GPA PPDKK

Salam semua,

UPI PPDKK mengucapkan tahniah atas kehadiran bertugas semua GPA di Kota Kinabalu. Yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu seperti musibah, didoakan semoga Allah memudahkan urusan antum semua. Bagi yang mendapat rezki seperti kelahiran , perpindahan di doaka semoga nikmat Allah disyukuri dan jangan disia-siakan.
Selamat kembali bertugas kepada semua rakan seperjuangan di bumi yang sementara ini. Teruskan mengutip pahala-pahala yang Allah janjikan kepada pewaris Nabi menybarkan Ilmu Allah di muka bumi sebagai bekalan akhirat. Ingatlah pesan Rasul junjungan, ilmu itu hendaklah disampaikan dengan ikhlas barulah ia akan sampai ke hati orang yang diajarkan ilmu itu. Dan satu lagi untuk seseorang murid itu faham dan mengusai ilmu itu adalah tugas Allah, kerana yg memberi ilmu adalah Allah bukan kita manusia. Kita semua hanya penyampai kepada ilmu yang telah kita pelajari kerana Allah adalah pemilik hak ilmu tersebut.
Bulatkan hati bulatkan tekad bekerja kerana Allah bukan kerana manusia. Sekian.