ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.
Untuk makluman semua pemohon Ting. 1 SMKA bagi tahun persekolahan 2014, berikut adalah beberapa makluman terkini :
1- Bagi pemohon yang berjaya/ layak di terima masuk ke SMKA sila berhubung semula dengan kami Unit Pendidikan Islam PPDKK di talian 088-234231/ 246246/ 234249 pada esok 19 Disember 2013 untuk mengambil Surat Tawaran di Kaunter Utama PPDK, Blok D, Tingkat 5, Bangunan KWSP.
2- Bagi pemohon yang memohon atas talian (online) tetapi tidak berjaya/ layak bolehlah membuat rayuan dengan mengisi borang rayuan. Borang rayuan boleh didapati di Kaunter Utama PPDKK atau muat turun (Download) di pautan ini http://www.4shared.com/file/JwGcEYPO/3_BORANG_RAYUAN_KEMASUKAN_KE_T.html
3- Bagi pemohon yang tidak memohon secara atas talian (online ) pemohon dikehendaki memohon dengan mengisi borang permohonan OFFLINE yang boleh diperolehi di Kaunter Utama PPDKK Blok D, Tingkat 5, Bangunan KWSP.
4- TARIKH TUTUP PENGHANTARAN BORANG RAYUAN DAN PERMOHONAN OFFLINE ADALAH PADA 20 DISEMBER 2013 (JUMAAT)
Selasa, 17 Disember 2013
Pelantikan Baru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
TAHNIAH
YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013.
__________________________________________________________________
Datuk Dr
Khair Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang
baharu bagi menggantikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud yang bersara pada 6
Disember lalu.
Dr Khair merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan).
Menteri
Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mengenai pelantikan Dr
Khair pada majlis makan malam sempena persaraan Abd Ghafar di sini,
Isnin.
Muhyiddin
berkata sumbangan terbesar Abd Ghafar kepada kementerian tersebut ialah
kerja kerasnya dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) (2013-2025).
"Kita bukan
sahaja berjaya menepati sasaran dalam tempoh 100 hari pertama PPPM
dilancarkan, malah kita telah maju ke hadapan dan melangkauinya.
"Semasa
tempoh Abd Ghafar memegang jawatannya juga, program transformasi lain
turut dimulakan seperti, inisiatif untuk anak Orang Asli dan pelajar
desa serta program Sekolah Dalam Hospital, yang mana semuanya kini telah
menunjukkan hasil yang baik.
"Abd Ghafar
juga secara sukarela mahu menjadi penasihat kepada Guru 1Malaysia dan
saya segera menerima tawarannya kerana guru muda bakal memperoleh faedah
dengan bimbingan daripada beliau," katanya ketika berucap pada majlis
makan malam tersebut.
Muhyiddin
berkata pihak kementerian telah mencadangkan nama Abd Ghafar sebagai
ahli lembaga pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan
Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Sumber : http://mstar.com.my
Isnin, 16 Disember 2013
PEMBERITAHUAN PENTING
Semakan tawaran sekolah kawalan negeri, KRK, KAA, SMKA dan SABK ambilan Januari 2014
Semakan tawaran sekolah kawalan negeri, KRK, KAA, SMKA dan SABK ambilan Januari 2014 akan diumumkan mulai 18 Disember 2013 bermula jam 10.00 pagi melalui alamat sesawang
semakan SMS dengan menaip
MOE<jarak>SKKAWALAN<jarak>Angka Giliran UPSR (contoh : MOE
SKKAWALAN ZZ0000001) dan SMS ke 15888.
Ahad, 15 Disember 2013
KEPUTUSAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN 1 KE SMKA 2014
السلام عليكم
KEPUTUSAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN 1 KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) BAGI TAHUN 2014 BAGI DAERAH KOTA KINABALU BOLEHLAH DISEMAK DI BLOG INI BERMULA 18 DISEMBER 2014 (RABU).
PEMOHON JUGA BOLEH MENYEMAK SENARAI NAMA TERSEBUT DI SEKOLAH RENDAH ASAL MASING-MASING UNTUK MENGETAHUI KEPUTUSAN PERMOHONAN.
SEBARANG PERTANYAAN SILA BERHUBUNG DENGAN KAMI DI TALIAN INI :
088-234231 / 246246 / 234249
SEKIAN HARAP MAKLUM
KEPUTUSAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN 1 KE SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (SMKA) BAGI TAHUN 2014 BAGI DAERAH KOTA KINABALU BOLEHLAH DISEMAK DI BLOG INI BERMULA 18 DISEMBER 2014 (RABU).
PEMOHON JUGA BOLEH MENYEMAK SENARAI NAMA TERSEBUT DI SEKOLAH RENDAH ASAL MASING-MASING UNTUK MENGETAHUI KEPUTUSAN PERMOHONAN.
SEBARANG PERTANYAAN SILA BERHUBUNG DENGAN KAMI DI TALIAN INI :
088-234231 / 246246 / 234249
SEKIAN HARAP MAKLUM
Langgan:
Catatan (Atom)