AMBIL TELADAN DARI KISAHNYA, DAN SEBARKAN KEPADA RAKAN2 KITA SERTA MURID2 KITA. JANGAN TAKUT JANGAN SEGAN ALLAH BERSAMA KITA
Rabu, 10 April 2013
FORMER PRIEST CONVERT TO ISLAM
AMBIL TELADAN DARI KISAHNYA, DAN SEBARKAN KEPADA RAKAN2 KITA SERTA MURID2 KITA. JANGAN TAKUT JANGAN SEGAN ALLAH BERSAMA KITA
Miss Saouth Africa Beauty Pagent Winner Convert to Islam Lynn Massyn
Subhanallah.. Allahu akbar
Wanita ini adalah bekas ratu cantik Afrika pada tahun 90an. Buat rakan-rakan guru beragama islam, janganlah rasa malu dan sensitif untuk kita bercerita tentang islam kepada rakan2 guru bukan islam di sekeliling kita. Apa yang penting ialah sebarkanlah kebenaran Allah, Allah jualah yang akan menyampaikan cahayanya kepada hambanya, bukannya kita. Kita adalah manusia yang menyampaikan kebaikan sahaja.
Labels:
DAKWAH
Ahad, 24 Februari 2013
SOALAN LAZIM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
SOALAN LAZIM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH
RENDAH (KSSR)
Soalan Dan Jawapan
1. Mengapakah KSSR diperkenalkan?
Jawapan
:
KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.

2. Apakah
maksud Kurikulum Standard?
Jawapan
:
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut:
- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

3. Apakah
perbezaan KSSR dengan KBSR?
|
Jawapan :
|
4. Adakah
terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
Jawapan
:
Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.

5. Mengapakah
Modul Teras Tema diperkenalkan?
Jawapan
:
Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu. Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi (DST). Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik. Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

6. Mengapakah
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?
Jawapan :
Sains
tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada
literasi dan numerasi, kesejahteraan
diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema untuk memberi
pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains.
7. Mengapakah
peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan berbanding di SK?
Jawapan :
Di
SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa
Tamil ialah 360 minit. Jika peruntukan
masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan balik lewat kerana belajar lebih
daripada 1380 minit seminggu.
8. Bolehkah
sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?
Jawapan :
KSSR
tidak mengalakkan penjurusan.
9. Adakah
KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah?
Jawapan :
Ya. Konsep KSSR mengandungi
tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan
sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum dan
aktiviti kokurikulum.
10. Siapakah
yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :
Guru
yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.
11. Perlukah
murid Tahun 1 belajar TMK?
Jawapan :
Ya,
semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat
menggunakan kemahiran tersebut dalam
semua disiplin ilmu.
12. Bolehkah
Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?
Jawapan :
Elemen Merentas Kurikulum(EMK)
tidak perlu digunakan dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia perlu diaplikasikan dalam p&p yang
bersesuaian.
13. Bilakah
elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
Jawapan :
Kemahiran asas TMK amat penting diajar kepada murid Tahun 1 dan
dicadangkan supaya ianya diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini
boleh juga diajar dalam elemen Sains menggunakan
TMK. Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh
diperkukuhkan secara merentas
kurikulum dalam disiplin ilmu lain.
14. Berapakah
bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran TMK yang perlu diajar dalam seminggu?
Jawapan :
Tiada
bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap
kebolehan murid yang berbeza-beza. Walau
bagaimanapun semua standard kandungan dan standard pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan
seperti mana yang digariskan dalam
DSK TMK.
15 Adakah
murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
Jawapan :
Tidak.
Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat
murid. Modul Language Arts yang
menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan
melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking,
drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
16 Apakah
tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
Jawapan :
Guru perlu membuat tindak susul yang
berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk memastikan
murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.
17. Adakah
buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
Jawapan :
Ada,
kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks.
Walau bagaimanapun, buku panduan
pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.
18. Adakah
semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum -
Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
Jawapan :
Bagi
EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia ada di sekolah seperti komputer, cakera
padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik. Bagi guru pula, 3 pendekatan yang
dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK- TMK iaitu:
• Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
• Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi tujuan p&p bersama murid

19. Bagaimanakah
EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan makmal dalam satu masa?
Jawapan :
Prasarana
yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba
hendaklah digunakan secara optima
oleh guru dalam p&p EMK-TMK. Pentadbir pula harus memastikan semua kemudahan tersebut
berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal
komputer, pihak sekolah perlu menyediakan
jadual penggunaan dan borang tempahan.
20 Bagaimanakah
sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan pembelajaran yang melibatkan komputer?
Jawapan :
Semua
sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet
KPM dan tidak semua topik di dalam
EMK-TMK memerlukan capaian Internet. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah capaian
Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah di pertanggungjawabkan atau JPN. Sekolah juga telah
dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK 1/044/01
Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh
digunakan.
21 Apakah
usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
Jawapan :
KPM
telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan
sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada
laman web di KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk
22 Adakah
KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
Jawapan :
KSSR
mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan
p&p seperti didik hibur
dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu guru
dalam pelaksanaan p&p.
23 Apakah
saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
Jawapan
:
KPM
menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru berinteraksi sekiranya menghadapi
masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU, pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat
berkaitan KSSR.
24 Dalam
tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
Jawapan :
Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata
pelajaran tetapi sebagai komponen
yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.
Labels:
AKADEMIK
Rabu, 13 Februari 2013
MESYUARAT / TAKLIMAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2013
SALAM,
MESYUARAT / TAKLIMAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BERSAMA UNIT PENDIDIKAN PPDKK AKAN DIADAKAN PADA BUTIRAN BERIKUT :
UNTUK SEKOLAH RENDAH
TARIKH : 19 FEBUARI 2013 (SELASA)
MASA : 2.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SRI MANUKAN
PENGERUSI MESYUARAT
: HAJI BAD HAMID HAJI MUSLI
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KOTA KINABALU
UNTUK SEKOLAH MENENGAH
TARIKH : 20 FEBUARI 2013 (RABU)
MASA : 2.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SRI MAMUTIK

Selasa, 5 Februari 2013
Garis Panduan Bacaan Doa Jabatan Mufti Negeri Sabah
Garis Panduan Bacaan Doa di Majlis-Majlis Rasmi ( Ihsan Dari Albelurani )
Bismillah...
Saya pernah dan sering ditanya mengenai bacaan doa terutamanya majlis-majlis yang dianjurkan oleh Jabatan-Jabatan kerajaan. Ada yang memberitahu aturcara bahawa selepas bacaan doa ada pula tarian poco-poco bahkan ada juga yang mengadakan bacaan doa dalam majlis-majlis yang tidak sepatutnya dibacakan doa. Walaupun para Ustaz mahupun Ustazah yang telah memberikan pandangan melalui mesyuarat mereka namun pandangan mereka tidak diguna pakai. Yang bestnya, ada segelintir terutamanya orang Islam yang mengetuai dan menganjurkan majlis tersebut sanggup tidak mengguna pakai pandangan Ustaznya melainkan hanya pandangan pihak berwajib seperti Mufti Sabah.
Elok juga kalau begitu, tapi bayangkan jika ada orang Islam mengetuai sesuatu penganjuran majlis bercampur baur dengan maksiat nak dibacakan doa langsung tidak menggunakan pakai pandangan ahli-ahli agamawan termasuk mufti. Apakan jadi?...
Oleh itu, mungkin dengan saya sertakan garis panduan di atas dapat membantu para du'at, Ustaz Ustazah dan juga pencinta-pencinta kebenaran dalam menghadapi situasi tersebut. Garis panduan tersebut adalah keputusan Majlis Fatwa Negeri Sabah yang telah bermuzakarah pada 12-14 September 2005 / 08-10 Sya'aban 1426H.
Sekian, BarakaAllahufikum.

Rabu, 30 Januari 2013
MUAT TURUN BAHAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH 2013 http://www.bpi.edu.my/v1/index.php/muaturun/item/makluman-pelaksanaan-fnss?category_id=5
Kenyataan Akhbar Pelaksanaan Soft-Landing PPSMI
Kenyataan Akhbar Pelaksanaan Soft-Landing PPSMI

KENYATAAN AKHBAR
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
DAN MENTERI PELAJARAN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
DAN MENTERI PELAJARAN
MENGENAI PELAKSANAAN SOFT-LANDING PPSMI
Kerajaan pada tahun 2009 telah mengambil
keputusan untuk memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan
Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
(MBMMBI).
Dengan pemansuhan PPSMI, murid di
sekolah rendah akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam
bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa
Tamil di SJKT. Manakala di sekolah menengah, Bahasa Malaysia akan
digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matematik dan Sains.
Untuk membolehkan murid menyesuaikan
diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat
Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009 juga telah membenarkan Kementerian
Pelajaran melaksanakan pendekatan soft-landing.
Berdasarkan keputusan tersebut,
Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 telah menetapkan dasar MBMMBI
dimulakan pada tahun 2011 di mana murid Tahun 1 pada tahun ini mengikuti
pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia
sepenuhnya. Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses
peralihan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia di semua peringkat
persekolahan, Kementerian juga memutuskan bermula tahun 2012, murid
Tingkatan 1 akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan
sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.
Walaubagaimanapun, peralihan kepada
bahasa Malaysia pada Tingkatan 1 bermula tahun hadapan telah menimbulkan
kerisauan ibu bapa kerana dibimbangi anak-anak mereka yang telah
mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam
tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan
bahasa secara mendadak.
Setelah mengambil kira pandangan ibu
bapa, kabinet pada hari ini memutuskan untuk membenarkan murid sekolah
rendah kohort PPSMI untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran
Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya, bahasa Malaysia
sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan
1 bermula tahun hadapan.
Ini bermakna semua murid kohort PPSMI
yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam
bahasa Inggeris dibenar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran
dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5.
Perlu diperjelaskan di sini juga, murid
Tahun 3 hingga Tahun 6 2012 dibenarkan untuk meneruskan pengajaran dan
pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia
atau kedua-dua bahasa di sekolah kebangsaan ; bahasa Inggeris, bahasa
Cina atau kedua-dua bahasa di SJKC; dan bahasa Inggeris, bahasa Tamil
atau kedua-dua bahasa di SJKT seperti yang diputuskan oleh jemaah
Menteri pada bulan Julai 2009.
Bagi murid yang telah mengikuti
pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia
atau dalam kedua-dua bahasa, mereka dibenar mengikuti pengajaran dan
pembelajaran dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.
Dengan keputusan ini, pemansuhan PPSMI
adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI
seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak.
Bagaimanapun, kerajaan berharap
keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI, iaitu murid Tahun 2
hingga Tingkatan 5 tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam BI
sehingga tamat tingkatan 5 dapat melegakan hati ibubapa. Kerajaan yakin
dengan keputusan ini pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan
UPSR, PMR dan SPM tidak akan terjejas.
Dengan pendekatan soft-landing ini,
pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah akan
dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala
di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi
kedua-dua matapelajaran ini adalah pada tahun 2021.
Kajian Kementerian Pelajaran ke atas
semua sekolah di bawah Kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah
telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik
dalam bahasa Malaysia.
Dapatan kajian menunjukkan, kurang 5
peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan
bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
dan sains. Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang 9 peratus
daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Berdasarkan
dapatan ini, kebanyakan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran
matematik dan sains dalam bahasa Malaysia.Dapatan kajian ini membuktikan
bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan.
Hasil kajian lapangan yang dijalankan
oleh Kementerian dengan mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian di
dalam kelas, pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temubual
murid-murid mendapati murid sukar memahami matapelajaran matematik dan
sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk
memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa
Inggeris. Ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia
supaya murid dapat memahami kedua-dua matapelajaran tersebut. Masalah
seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar,
tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan,
sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu
matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.
Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan
mengabaikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris. Di bawah dasar
MBMMBI, Kementerian sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang
lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam
kalangan murid.
Antara inisiatif tersebut ialah
penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris,
penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur
jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris,
penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan
dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah.
Kementerian Pelajaran juga sedang
mengkaji beberapa inisatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy
Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan
dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti
dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan
kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.
Kerajaan berharap pemansuhan PPSMI dan
pelaksanaan dasar MBMMBI dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris,
ilmu sains dan matematik di kalangan pelajar serta mendaulatkan bahasa
kebangsaan.
Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri
4 November 2011
Labels:
AKADEMIK
Langgan:
Catatan (Atom)