Memaparkan catatan dengan label AKADEMIK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AKADEMIK. Papar semua catatan

Selasa, 14 Januari 2014

SEMAKAN PERMOHONAN RAYUAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 SMKA 2014

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.

Selamat menyambut Maulidurrasul kepada seluruh umat islam di daerah Kota Kinabalu.

"Sunnah Rasul dihayati, Syafaat Nabi kan Menanti"

Makluman kepada semua pemohon dan ibu bapa yang membuat permohonan rayuan kemasukan ke tingkatan 1 SMKA bagi sesi 2014. DUKACITA dimaklumkan bahawa keputusan rayuan tidak dapat diumumkan pada hari kerana disebabkan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Oleh yang demikian, keputusan Insyaallah akan DIUMUMKAN secara rasmi pada hari esok 16 Januari 2014 (Rabu) selepas pukul 11.00 pagi. Pihak Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah memaklumkan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Kami juga dari Unit Pendidikan Islam PPDKK memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Sekian, harap maklum

UPI PPDKK

Selasa, 17 Disember 2013

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN MURID TAHUN 1 SMKA TAHUN 2014

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH.

  Untuk makluman semua pemohon Ting. 1 SMKA bagi tahun persekolahan 2014, berikut adalah beberapa makluman terkini  :

1- Bagi pemohon yang berjaya/ layak di terima masuk ke SMKA sila berhubung semula dengan kami Unit Pendidikan Islam PPDKK di talian 088-234231/ 246246/ 234249 pada esok 19 Disember 2013 untuk mengambil Surat Tawaran di Kaunter Utama PPDK, Blok D, Tingkat 5, Bangunan KWSP.

2- Bagi pemohon yang memohon atas talian (online) tetapi tidak berjaya/ layak bolehlah membuat rayuan dengan mengisi borang rayuan. Borang rayuan boleh didapati di Kaunter Utama PPDKK atau muat turun (Download) di pautan ini  http://www.4shared.com/file/JwGcEYPO/3_BORANG_RAYUAN_KEMASUKAN_KE_T.html

3- Bagi pemohon yang tidak memohon secara atas talian (online ) pemohon dikehendaki memohon dengan mengisi borang permohonan OFFLINE yang boleh diperolehi di Kaunter Utama PPDKK Blok D, Tingkat 5, Bangunan KWSP.

4- TARIKH TUTUP PENGHANTARAN BORANG RAYUAN DAN PERMOHONAN OFFLINE ADALAH PADA 20 DISEMBER 2013 (JUMAAT)

Pelantikan Baru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

TAHNIAH
YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia


Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013. 
__________________________________________________________________

Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud yang bersara pada 6 Disember lalu.
Dr Khair merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan).
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mengenai pelantikan Dr Khair pada majlis makan malam sempena persaraan Abd Ghafar di sini, Isnin.
Muhyiddin berkata sumbangan terbesar Abd Ghafar kepada kementerian tersebut ialah kerja kerasnya dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025).
"Kita bukan sahaja berjaya menepati sasaran dalam tempoh 100 hari pertama PPPM dilancarkan, malah kita telah maju ke hadapan dan melangkauinya.
"Semasa tempoh Abd Ghafar memegang jawatannya juga, program transformasi lain turut dimulakan seperti, inisiatif untuk anak Orang Asli dan pelajar desa serta program Sekolah Dalam Hospital, yang mana semuanya kini telah menunjukkan hasil yang baik.
"Abd Ghafar juga secara sukarela mahu menjadi penasihat kepada Guru 1Malaysia dan saya segera menerima tawarannya kerana guru muda bakal memperoleh faedah dengan bimbingan daripada beliau," katanya ketika berucap pada majlis makan malam tersebut.
Muhyiddin berkata pihak kementerian telah mencadangkan nama Abd Ghafar sebagai ahli lembaga pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
 

Isnin, 16 Disember 2013

PEMBERITAHUAN PENTING

Semakan tawaran sekolah kawalan negeri, KRK, KAA, SMKA dan SABK ambilan Januari 2014

Semakan tawaran sekolah kawalan negeri, KRK, KAA, SMKA dan SABK ambilan Januari 2014 akan diumumkan mulai 18 Disember 2013 bermula jam 10.00 pagi melalui alamat sesawang
semakan SMS dengan menaip MOE<jarak>SKKAWALAN<jarak>Angka Giliran UPSR (contoh : MOE SKKAWALAN ZZ0000001) dan SMS ke 15888. 


Sumber : Diterbitkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ahad, 24 Februari 2013

SOALAN LAZIM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

SOALAN LAZIM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Soalan Dan Jawapan
 1.   Mengapakah KSSR diperkenalkan?
       Jawapan :
       KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia      ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
        
2.    Apakah maksud Kurikulum Standard?
       Jawapan :
       KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard    kandungan dan standard pembelajaran yang  perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan      tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti      berikut:
           - Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan           boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,                          kemahiran dan nilai.

           - Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti                      pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
        
3.    Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?

        Jawapan :
KSSR
 KBSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang:
• Komunikasi
• Kerohanian, Sikap & Nilai
• Kemanusiaan
• Perkembangan Fizikal & Estetika
• Sains dan Teknologi
• Keterampilan Diri
Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang:
• Komunikasi
• Manusia dan Alam Kelilingnya
• Perkembangan Diri Individu
Bahan Kurikulum:
• Dokumen Standard Kurikulum
Bahan Kurikulum:
• Sukatan Pelajaran
Reka bentuk kurikulum:
• Modular
Reka bentuk kurikulum:
• Linear
Organisasi Kurikulum:
Tahap I  (Tahun 1, 2 & 3)
• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif

 Tahap II   (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras & Elektif
Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan 
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi  Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit
Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
Fokus:
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

4.    Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
       Jawapan :
       Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat  beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan    semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk          pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.
          
5.    Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan?
       Jawapan :
       Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu.      Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi     (DST).  Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik.         Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi         (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
        
6.    Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?
         Jawapan :
       Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi     dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani.  Manakala Sains pula diperkenalkan     dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains.
        
7.    Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan    berbanding di SK?
         Jawapan :
       Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah   360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan         balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.
        
8.    Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?
         Jawapan :
       KSSR tidak mengalakkan penjurusan.
        
9.    Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah?
         Jawapan :
            Ya.  Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan    dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum             dan aktiviti kokurikulum.
        
10.  Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?
         Jawapan :
       Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.
          
11.  Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK?
         Jawapan :
       Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan     kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.
        
12.  Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?
         Jawapan :
       Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan  dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia         perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.
        
13.  Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
         Jawapan :
        Kemahiran asas TMK amat penting diajar  kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya   diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains          menggunakan TMK.  Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan      secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.
        
14.  Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran   TMK yang perlu diajar dalam  seminggu?
         Jawapan :
       Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan    murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard    pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan          dalam DSK TMK.
        
15   Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
         Jawapan :
       Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid.         Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P      bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral     speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
        
16   Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
         Jawapan :
       Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk    memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.
        
17.  Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
         Jawapan :
       Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks.  Walau bagaimanapun,   buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.
        
18.  Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum  - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
         Jawapan :
       Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia        ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik.          Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-     TMK iaitu:
           • Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di                  makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki
           • Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan                         pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
           • Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti        interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi               tujuan p&p bersama murid
        
19.  Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan   makmal dalam satu masa?
         Jawapan :
       Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba       hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK.  Pentadbir pula harus             memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada           waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.
         
20   Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan           pembelajaran yang melibatkan komputer?
         Jawapan :
       Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM         dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet.  Sekiranya pihak             sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah          di pertanggungjawabkan atau JPN.  Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK            1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan.
        
21   Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
         Jawapan :
       KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam    pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat    daripada laman web di  KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk
        
22   Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
         Jawapan :
       KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p             seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum.  Guru dibekalkan dengan buku           panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.
        
23   Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
         Jawapan :
       KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru         berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU,      pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.
        
24   Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
         Jawapan :
       Pendidikan Kesihatan Reproduktif  dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran        tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.


Rabu, 30 Januari 2013

Kenyataan Akhbar Pelaksanaan Soft-Landing PPSMI

Kenyataan Akhbar Pelaksanaan Soft-Landing PPSMI

ppsmi
KENYATAAN AKHBAR
YAB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA
DAN MENTERI PELAJARAN
MENGENAI PELAKSANAAN SOFT-LANDING PPSMI
Kerajaan pada tahun 2009 telah mengambil keputusan untuk memansuhkan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan menggantikannya dengan  Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Dengan pemansuhan PPSMI, murid di sekolah rendah akan mengikuti pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia di Sekolah Kebangsaan, Bahasa Cina di SJKC dan Bahasa Tamil di SJKT. Manakala di sekolah menengah, Bahasa Malaysia akan digunakan sepenuhnya dalam pengajaran Matematik dan Sains.

Untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan perubahan bahasa dalam tempoh peralihan dasar, Mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai 2009 juga telah membenarkan Kementerian Pelajaran melaksanakan pendekatan soft-landing.

Berdasarkan keputusan tersebut, Kementerian Pelajaran pada tahun 2010 telah menetapkan dasar MBMMBI dimulakan pada tahun 2011 di mana murid Tahun 1 pada tahun ini mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya. Sebagai langkah intervensi untuk mempercepatkan proses peralihan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia di semua peringkat persekolahan, Kementerian juga memutuskan bermula tahun 2012, murid Tingkatan 1 akan mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, peralihan kepada bahasa Malaysia pada Tingkatan 1 bermula tahun hadapan telah menimbulkan kerisauan ibu bapa kerana dibimbangi anak-anak mereka yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris selama enam tahun di sekolah rendah tidak dapat menyesuaikan diri dengan peralihan bahasa secara mendadak.

Setelah mengambil kira pandangan ibu bapa, kabinet pada hari ini memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah kohort PPSMI untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris sepenuhnya,  bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki Tingkatan 1 bermula tahun hadapan.

Ini bermakna semua murid kohort PPSMI yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dibenar untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris sehingga tamat Tingkatan 5.

Perlu diperjelaskan di sini juga, murid Tahun 3 hingga Tahun 6 2012 dibenarkan untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris, bahasa Malaysia atau kedua-dua bahasa di sekolah kebangsaan ; bahasa Inggeris, bahasa Cina atau kedua-dua bahasa di SJKC; dan bahasa Inggeris, bahasa Tamil atau kedua-dua bahasa di SJKT seperti yang diputuskan oleh jemaah Menteri pada bulan Julai 2009.

Bagi murid yang telah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa, mereka dibenar mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Malaysia sepenuhnya.

Dengan keputusan ini, pemansuhan PPSMI adalah kekal. Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti yang dituntut oleh sesetengah pihak.

Bagaimanapun, kerajaan berharap keputusan yang membenarkan murid kohort PPSMI, iaitu murid Tahun 2 hingga Tingkatan 5  tahun ini untuk meneruskan pembelajaran dalam BI sehingga tamat tingkatan 5 dapat melegakan hati ibubapa. Kerajaan yakin dengan keputusan ini pencapaian murid kohort PPSMI dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM tidak akan terjejas.

Dengan pendekatan soft-landing ini, pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua matapelajaran ini adalah pada tahun 2021.

Kajian Kementerian Pelajaran ke atas semua sekolah di bawah Kementerian menunjukkan bahawa kebanyakan sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Malaysia.

Dapatan kajian menunjukkan, kurang 5 peratus daripada jumlah kelas di 7,495 buah sekolah rendah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Manakala di peringkat sekolah menengah, kurang 9 peratus daripada jumlah kelas di 2,192 buah sekolah menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains. Berdasarkan dapatan ini, kebanyakan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa Malaysia.Dapatan kajian ini membuktikan bahawa PPSMI tidak dapat dilaksanakan sepertimana yang dihasratkan.

Hasil kajian lapangan yang dijalankan oleh Kementerian dengan mengumpulkan maklumat melalui pemerhatian di dalam kelas, pengalaman guru dan amalan di bilik darjah serta temubual murid-murid mendapati murid sukar memahami matapelajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Murid mengambil masa yang lama untuk memahami konsep matematik dan sains kerana mereka tidak faham bahasa Inggeris. Ini memaksa guru-guru untuk mengajar dalam bahasa Malaysia supaya murid dapat memahami kedua-dua matapelajaran tersebut. Masalah seperti ini bukan sahaja dialami oleh sekolah-sekolah di luar bandar, tetapi juga di bandar. Oleh yang demikian, sekiranya PPSMI diteruskan, sebahagian besar murid di negara kita tidak akan dapat menguasai ilmu matematik dan sains dengan baik dan mereka akan terus ketinggalan.

Pemansuhan PPSMI tidak bermakna kerajaan mengabaikan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris. Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kementerian Pelajaran juga sedang mengkaji beberapa inisatif baru untuk dilaksanakan seperti program Oracy Skills (OPS-ENG) yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan lisan dalam kalangan murid, kelas berdasarkan Sistem Set, peningkatan kualiti dan kepelbagaian bahan pengajaran, pembangunan profesionalisme guru dan kecekapan pengurusan panitia bahasa Inggeris di sekolah.

Kerajaan berharap pemansuhan PPSMI dan pelaksanaan dasar MBMMBI dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, ilmu sains dan matematik di kalangan pelajar serta mendaulatkan bahasa kebangsaan.


Pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri
4 November 2011

BAHAN-BAHAN DASAR DAN PANDUAN PERLAKSANAAN jQAF

SALAM

GURU-GURU JQAF BOLEH MEMUAT TURUN BAHAN-BAHAN DASAR DAN PANDUAN j-QAF SERTA PANDUAN PERLAKSANAAN DI PAUTAN SEPERTI BERIKUT :

1. BUKU PANDUAN, DASAR DAN PERLAKSANAAN j-QAF
(http://www.4shared.com/zip/PTApDOYv/Buku_Panduan_Dasar__Pelaksanaa.html)

2. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun 1 (http://www.4shared.com/zip/-GaVOIQ4/Panduan_Pelaksanaan_Model-Mode.html)

3. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun 2 (http://www.4shared.com/zip/-jr0b27U/Panduan_Pelaksanaan_Model-Mode.html)

4. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun 3 (http://www.4shared.com/zip/vOzR8NPn/Panduan_Pelaksanaan_Model-Mode.html)

5. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun 4 (http://www.4shared.com/zip/SGQPLl5h/Panduan_Pelaksanaan_Model-Mode.html)

6. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun 5 (http://www.4shared.com/zip/SOsMsviJ/Panduan_Pelaksanaan_Model-Mode.html)

7. Buku Panduan Pelaksanaan Model-Model Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kokurikulum j-QAF Tahun 6 (http://www.4shared.com/zip/Hy1gfEWV/Panduan_Pelaksanaan_Model-Mode.html)

Isnin, 14 Januari 2013

PANDUAN PELAKSANAAN MODEL-MODEL P&P, KOKURIKULUM & RANCANGAN TAHUNAN j-QAF

Adalah dimaklumkan bahawa Panduan Pelaksanaan bagi Model  P&P, Kokurikulum dan Rancangan Tahunan j-QAF boleh dimuat turun melalui pautan seperti di bawah:
(http://www.bpi.edu.my/v1/index.php/2-uncategorised/180-panduan-pelaksanaan-model-model-pap-kokurikulum-a-rancangan-tahunan-j-qaf)

Khamis, 11 November 2010

TAHNIAH!!!

Tahniah! Tahniah! kepada guru yang mendidik anak-anak murid sehingga berjaya dalam peperiksaan UPSR dengan cemerlang kelmarin. Bila Allah ganjari kejayaan janganlah pula kita lupa mengembalikan kejayaan itu kepada zat yang maha agung pemilik sejati kecemerlangan itu. Maka bersyukurlah dengan kejayaan yang bersifat sementara itu.

Pasangan kembar Dania Haziqah Rahman (kiri) dan Dania Hazirah, pelajar SK Seri Gaya dengan 5A
Tahniah kepada SK SRI GAYA yang berjaya melonjakkan kecemerlangan UPSR dengan merekodkan seramai 43 murid yang mendapat semua A atau 88.82 peratus dan Tahniah juga kepada SK St. Agnes dengan lonjakan kecemerlangan 35 murid semua A dengan 83.02 peratus. Tahniah untuk SJKC Chung Hwa yang merekodkan seramai 33 murid mendapat semua A juga tahniah kepada warga SJKC St. James Kota Kinabalu dengan 21 murid semua A.

Akhirnya Tahniah buat WARGA PPD KOTA KINABALU atas kerjasama yang dijalin dan kecemerlangan yang diraih. SYUKUR ALHAMDULILLAH.