Rabu, 29 Disember 2010

Selamat Bertugas

Minggu hadapan adalah minggu persekolahan 2011 bakal bermula, bagi guru-guru pendidikan islam pastinya ada harapan dan cabaran baru yang akan ditempuh pada tahun 2011. Bagi guru Bahasa Arab pastinya cabaran KSSR menjadi suatu yang baru dalam karier mereka tahun hadapan. Bagi yang baru mendirikan rumahtangga juga suatu cabaran kerana akan hidup berdua mulai 2011. Tidak ketinggalan juga yang terpaksa berjauhan dengan suami/isteri kerana tugas. Namun semua itu adalah ketentuan Ilahi tuhan yang berkuasa di alam semesta ini. Dialah yang menjadikan kita, dia jugalah yang mematikan kita. Oleh itu pasti ada hikmah disebalik perancangannya itu kerana dialah yang maha mengetahui dari segala apa yang ada di alam semesta ini. Allahu akbar hebatnya kekuasanmu Tuhan.
      Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk berhadapan dengan tugas-tugas 2011. Sama-samalah kita sokong mendokong agar Agama ini menjadi hebat sehebat Rasulullah SAW.
      Kepada seluruh warga pendidikan Islam PPD Kota Kinabalu selamat bersekolah ddan bertugas. sesungguhnya "ALLAH ITU SUMBER CAHAYA EHIDUPAN"

Khamis, 23 Disember 2010

BORANG PERMOHONAN KE TING.4 (SMKA) BAGI SEKOLAH (KAA)

Assalamualaikum warahmatullah.
Di mohon kepada guru-guru pendidikan islam SMK Tebobon, SMK SANZAC, SMK Perempuan Likas, Maktab Sabah yang ada Kelas Aliran Agama sila muat turun Borang Permohonan Masuk Ke Tingkatan 4 SMKA, di alamat  (http://www.4shared.com/document/Dj7rCYCG/BORANG_PERMOHONAN_KE_TINGKATAN.html) dan serahkan kepada murid-murid yang layak memohon.

Tarikh tutup penghantaran ke PPD ialah sebelum atau pada 29 Disember 2010 (Rabu), jam 4.00 petang. Serah kepada ustaz Arbaen Shawal .Sekian terima kasih.

SYABAS DAN TAHNIAH

KEPUTUSAN PMR MENINGKAT





tahniah kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang. Cari dan binalah kecemerlangan dengan pencipta alam semesta Allah SWT nescaya Allah akan memberikan kecemerlangan sejati kepada anda. Ingat Allah, Allah akan sentiasa mengingati kita. Syabas dan tahniah kepada guru-guru yang melorongkan kecemerlangan kepada murid-murid, teruskan usaha anda dengan penuh keikhlasan, ganjaran di syurga menanti anda. Syukran, terima kasih atas pengorbanan semua.

Rabu, 15 Disember 2010

SYABAS DAN TAHNIAH


Tahniah dan syabas kepada murid-murid yang telah berjaya dalam peperiksaan UPSR yang lalu dengan cemerlang. Tahniah dan Syabas juga kepada murid-murid yang berjaya diterima masuk ke tingkatan 1 SMKA bagi murid daerah Kota Kinabalu. Pesanan kami, kekalkan momentum kecemerlangan anda agar memperoleh kejayaan demi kejayaan pada masa hadapan. Bagi yang tidak berjaya masuk ke SMKA, tempat bukanlah faktor utama walaupun ianya salah satu dari faktor penting, namun niat dan usaha adalah segala-galanya. Maka Allah mengajar hambanya melalui contoh tauladan Rasulnya, redha dengan ketentuan Ilahi adalah bukti ketinggian iman dan pasrah kepadanya atas segala yang telah ditentukan ilahi. Sekian syukran.

Selasa, 14 Disember 2010

SENARAI NAMA PELAJAR TERPILIH KE SMKA 2011

Sila Download Senarai Nama untuk menyemak keputusan nama terpilih masuk ke Tingkatan 1 SMKA 2011 di (http://www.4shared.com/document/24xwyxvV/SENARAI_PELAJAR_TERPILIH_DAERA.html)
Tahniah ! dan Syabas! bagi yang terpilih.

Khamis, 9 Disember 2010

Keputusan Tawaran Kemasukan ke SMKA murid Tingkatan 1

Assalamualaaikum warahmatullah

Keputusan penerimaan kemasukan murid-murid ke tingkatan 1 acara diumumkan secara rasminya pada minggu hadapan 13 Dis 2010 insyaallah. Keputusan akan diserahkan kepada Unit Pendidikan Islam dan kami akan memaklumkan kepada individu terlibat melalui :
                          1. Telefon
                          2. Surat ke sekolah
                          3. Pigeon Hole Sekolah di PPD Kota Kinabalu
Untuk itu, mohon tindakan dari semua guru pendidikan islam yang terlibat untuk mengambil perhatian akan perkara ini. Sekian Terima kasih dan selamat bercuti.