Ahad, 24 Februari 2013

SOALAN LAZIM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

SOALAN LAZIM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Soalan Dan Jawapan
 1.   Mengapakah KSSR diperkenalkan?
       Jawapan :
       KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia      ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.
        
2.    Apakah maksud Kurikulum Standard?
       Jawapan :
       KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard    kandungan dan standard pembelajaran yang  perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan      tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti      berikut:
           - Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan           boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,                          kemahiran dan nilai.

           - Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti                      pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
        
3.    Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?

        Jawapan :
KSSR
 KBSR
Reka bentuk kurikulum berasaskan 6 Tunjang:
• Komunikasi
• Kerohanian, Sikap & Nilai
• Kemanusiaan
• Perkembangan Fizikal & Estetika
• Sains dan Teknologi
• Keterampilan Diri
Reka bentuk kurikulum berasaskan 3 Bidang:
• Komunikasi
• Manusia dan Alam Kelilingnya
• Perkembangan Diri Individu
Bahan Kurikulum:
• Dokumen Standard Kurikulum
Bahan Kurikulum:
• Sukatan Pelajaran
Reka bentuk kurikulum:
• Modular
Reka bentuk kurikulum:
• Linear
Organisasi Kurikulum:
Tahap I  (Tahun 1, 2 & 3)
• Modul Teras Asas, Modul Teras Tema & Modul Elektif

 Tahap II   (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras & Elektif
Organisasi Kurikulum:
Tahap I (Tahun 1, 2 & 3) dan 
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan

Tahap II (Tahun 4, 5 & 6)
• Mata pelajaran Teras, Wajib & Tambahan
Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi  Maklumat & Komunikasi (TMK) secara eksplisit
Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif
Fokus:
4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul)
Fokus:
3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

4.    Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
       Jawapan :
       Ya. Dalam KSSR Tahap Satu, terdapat  beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan    semua disiplin ilmu dalam bentuk Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif untuk          pengurusan kurikulum yang lebih berkesan.
          
5.    Mengapakah Modul Teras Tema diperkenalkan?
       Jawapan :
       Modul Teras Tema diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan mata pelajaran di tahap satu.      Modul Teras Tema mengandungi tema Dunia Kesenian dan tema Dunia Sains dan Teknologi     (DST).  Dalam tema Dunia Kesenian, terdapat dua mata pelajaran, iaitu Seni Visual dan Muzik.         Tema DST mengandungi elemen mata pelajaran Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi         (TMK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
        
6.    Mengapakah Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?
         Jawapan :
       Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi     dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani.  Manakala Sains pula diperkenalkan     dalam Modul Teras Tema untuk memberi pengetahuan asas tentang disiplin ilmu Sains.
        
7.    Mengapakah peruntukan masa untuk Pendidikan Islam di SJK (C) dan SJK (T) dikurangkan    berbanding di SK?
         Jawapan :
       Di SJK (C) dan SJK (T), peruntukan masa bagi mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil ialah   360 minit. Jika peruntukan masa Pendidikan Islam disamakan dengan di SK, maka murid akan         balik lewat kerana belajar lebih daripada 1380 minit seminggu.
        
8.    Bolehkah sekolah membuat penjurusan (streaming) dalam KSSR?
         Jawapan :
       KSSR tidak mengalakkan penjurusan.
        
9.    Adakah KSSR dapat melahirkan masyarakat yang bersahsiah?
         Jawapan :
            Ya.  Konsep KSSR mengandungi tunjang keterampilan diri yang memastikan murid dididik dan    dibimbing supaya memiliki daya kepimpinan dan sahsiah diri yang tinggi melalui kurikulum             dan aktiviti kokurikulum.
        
10.  Siapakah yang akan mengajar Dunia Sains dan Teknologi?
         Jawapan :
       Guru yang paling sesuai mengajar DST ialah guru beropsyen Sains.
          
11.  Perlukah murid Tahun 1 belajar TMK?
         Jawapan :
       Ya, semua murid Tahun 1 perlu belajar kemahiran asas TMK supaya murid dapat menggunakan     kemahiran tersebut dalam semua disiplin ilmu.
        
12.  Bolehkah Elemen Merentas Kurikulum tidak digunakan dalam P&P?
         Jawapan :
       Elemen Merentas Kurikulum(EMK) tidak perlu digunakan  dalam setiap kali sesi p&p tetapi ia         perlu diaplikasikan dalam p&p yang bersesuaian.
        
13.  Bilakah elemen TMK diajar dalam Dunia Sains dan Teknologi?
         Jawapan :
        Kemahiran asas TMK amat penting diajar  kepada murid Tahun 1 dan dicadangkan supaya ianya   diajarkan pada awal tahun.Kemahiran asas ini boleh juga diajar dalam elemen Sains          menggunakan TMK.  Elemen TMK dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan      secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain.
        
14.  Berapakah bilangan minimum dan maksimum standard kandungan serta standard pembelajaran   TMK yang perlu diajar dalam  seminggu?
         Jawapan :
       Tiada bilangan minima atau maksima yang ditentukan dalam seminggu kerana tahap kebolehan    murid yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun semua standard kandungan dan standard    pembelajaran perlu dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti mana yang digariskan          dalam DSK TMK.
        
15   Adakah murid akan berasa bosan di kelas dengan penambahan waktu Bahasa Inggeris?
         Jawapan :
       Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid.         Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P & P      bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral     speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai.
        
16   Apakah tindakan guru sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan?
         Jawapan :
       Guru perlu membuat tindak susul yang berterusan seperti menjalankan pemulihan untuk    memastikan murid akhirnya mencapai standard yang ditetapkan.
        
17.  Adakah buku teks disediakan bagi semua mata pelajaran tahun 1?
         Jawapan :
       Ada, kecuali Dunia Seni Muzik dan Seni Visual tidak disediakan buku teks.  Walau bagaimanapun,   buku panduan pengajaran disediakan untuk mata pelajaran ini.
        
18.  Adakah semua murid belajar menggunakan komputer bagi Elemen Merentas Kurikulum  - Teknologi Maklumat dan Komunikasi?
         Jawapan :
       Bagi EMK yang melibatkan TMK (EMK-TMK), murid boleh menggunakan peralatan TMK sedia        ada di sekolah seperti komputer, cakera padat, Internet dan lain-lain mengikut kesesuaian topik.          Bagi guru pula, 3 pendekatan yang dicadangkan boleh diguna pakai dalam melaksanakan EMK-     TMK iaitu:
           • Murid menggunakan komputer riba di dalam kelas, komputer dipusat akses dan juga di                  makmal komputer bagi tujuan menyiapkan hasil kerja yang dikehendaki
           • Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD dalam kelas bagi tujuan                         pengajaran menggunakan perisian kursus dan bahan digital
           • Guru menggunakan komputer riba bersama projektor LCD di dalam kelas melibatkan aktiviti        interaktif bersama murid atau guru menggunakan komputer di dalam makmal komputer bagi               tujuan p&p bersama murid
        
19.  Bagaimanakah EMK-TMK hendak dijalankan sekiranya semua guru hendak menggunakan   makmal dalam satu masa?
         Jawapan :
       Prasarana yang terdapat di sekolah seperti Makmal Komputer, Pusat Akses dan komputer riba       hendaklah digunakan secara optima oleh guru dalam p&p EMK-TMK.  Pentadbir pula harus             memastikan semua kemudahan tersebut berada dalam keadaan baik yang boleh diakses pada           waktu persekolahan. Sekiranya guru ingin menggunakan makmal komputer, pihak sekolah perlu menyediakan jadual penggunaan dan borang tempahan.
         
20   Bagaimanakah sekolah yang tidak mempunyai capaian internet dapat melaksanakan           pembelajaran yang melibatkan komputer?
         Jawapan :
       Semua sekolah telah dibekalkan capaian internet melalui program Rangkaian SchoolNet KPM         dan tidak semua topik di dalam EMK-TMK memerlukan capaian Internet.  Sekiranya pihak             sekolah menghadapi masalah capaian Internet, sekolah bolehlah menghubungi pihak yang telah          di pertanggungjawabkan atau JPN.  Sekolah juga telah dimaklumkan melalui pekeliling KP.BTMK            1/044/01 Jld. 11 (11) bertarikh 13 November 2008 bahawa capaian alternatif boleh digunakan.
        
21   Apakah usaha yang dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR?
         Jawapan :
       KPM telah menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru yang terlibat dalam    pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat    daripada laman web di  KPM seperti yang berikut: http://www.moe.gov.my/bpk
        
22   Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam p&p?
         Jawapan :
       KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan p&p             seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum.  Guru dibekalkan dengan buku           panduan kreativiti untuk membantu guru dalam pelaksanaan p&p.
        
23   Apakah saluran yang disediakan oleh guru-guru yang menghadapi masalah berkaitan KSSR?
         Jawapan :
       KPM menyediakan laman web KSSR (www.moe.gov.my/bpk) untuk memudahkan guru         berinteraksi sekiranya menghadapi masalah. Selain itu, guru digalakkan menghubungi JU,      pegawai PPD atau pegawai JPN untuk mendapatkan khidmat nasihat berkaitan KSSR.
        
24   Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan?
         Jawapan :
       Pendidikan Kesihatan Reproduktif  dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran        tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.


Rabu, 13 Februari 2013

MESYUARAT / TAKLIMAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2013

SALAM,

MESYUARAT / TAKLIMAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BERSAMA UNIT PENDIDIKAN PPDKK AKAN DIADAKAN PADA BUTIRAN BERIKUT :

UNTUK SEKOLAH RENDAH
       TARIKH : 19 FEBUARI 2013 (SELASA)
       MASA    : 2.00 - 5.00 PETANG
       TEMPAT : BILIK MESYUARAT SRI MANUKAN
       PENGERUSI MESYUARAT
                       : HAJI BAD HAMID HAJI MUSLI
                         PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KOTA KINABALU

UNTUK SEKOLAH MENENGAH
       TARIKH : 20 FEBUARI 2013 (RABU)
       MASA    : 2.00 - 5.00 PETANG
       TEMPAT : BILIK MESYUARAT SRI MAMUTIK
       PENGERUSI MESYUARAT
                       : HAJI BAD HAMID HAJI MUSLI
                         PEGAWAI PELAJARAN DAERAH KOTA KINABALU

Selasa, 5 Februari 2013

Garis Panduan Bacaan Doa Jabatan Mufti Negeri Sabah

 

Garis Panduan Bacaan Doa di Majlis-Majlis Rasmi ( Ihsan Dari Albelurani )

Bismillah...
Jika Kurang jelas, klik gambar tersebut.

Saya pernah dan sering ditanya mengenai bacaan doa terutamanya majlis-majlis yang dianjurkan oleh Jabatan-Jabatan kerajaan. Ada yang memberitahu aturcara bahawa selepas bacaan doa ada pula tarian poco-poco bahkan ada juga yang mengadakan bacaan doa dalam majlis-majlis yang tidak sepatutnya dibacakan doa. Walaupun para Ustaz mahupun Ustazah yang telah memberikan pandangan melalui mesyuarat mereka namun pandangan mereka tidak diguna pakai. Yang bestnya, ada segelintir terutamanya orang Islam yang mengetuai dan menganjurkan majlis tersebut sanggup tidak mengguna pakai pandangan Ustaznya melainkan hanya pandangan pihak berwajib seperti Mufti Sabah.

Elok juga kalau begitu, tapi bayangkan jika ada orang Islam mengetuai sesuatu penganjuran majlis bercampur baur dengan maksiat nak dibacakan doa langsung tidak menggunakan pakai pandangan ahli-ahli agamawan termasuk mufti. Apakan jadi?...

Oleh itu, mungkin dengan saya sertakan garis panduan di atas dapat membantu para du'at, Ustaz Ustazah dan juga pencinta-pencinta kebenaran dalam menghadapi situasi tersebut. Garis panduan tersebut adalah keputusan Majlis Fatwa Negeri Sabah yang telah bermuzakarah pada 12-14 September 2005 / 08-10 Sya'aban 1426H.

Sekian, BarakaAllahufikum.