Khamis, 11 November 2010

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA GPI SK DAN SMK

Memandangkan cuti sekolah yang akan tiba tidak lami lagi, kami Unit Pendidikan Islam PPD Kota Kinabalu ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru pendidikan islam di semua sekolah PPDKK. Kami juga mengucapkan syabas dan tahniah atas komitmen yang diberikan oleh ustaz dan ustazah dalam membantu pihak PPDKK dengan menjalankan tanggungjawab masing-masing di sekolah masing-masing melalui dakwah, P&P, didikan dan banyak lagi.
            Ketahuilah bahawa usaha dan kerja yang ikhlas itu pasti ada ganjarannya disisi Allah swt baik di dunia mahupun di akhirat. Oleh itu, saya mengajak semua ustaz dan ustazah marilah sama-sama kita gemblengkan tenaga bersatu padu atas kalimah tauhidullah, kita bina semula semangat Ashabul Kahfi dan juga semangat Salahuddin Al-Ayubi untuk kita memecahkan benteng kejahilan di Bumi Di Bawah Bayu ini.
            Sama-samalah kita merancang untuk meningkatkan kefahaman agama masyarakat setempat agar ia menjadi suatu gerak kerja utama UPI PPDKK tahun depan. Kita melihat ramai di kalangan pelajar kita terdedah dengan budaya-budaya luar yang mampu merosakkan amalan agama dan akidah mereka. Tetapi tiada tindakan dari warga UPI, untuk itu kami memohon bantuan ustaz ustazah dari sudut pandangan, teguran, cadangan aktiviti dan lain lagi. Bantulah kami agar kesinambungan dan hubungan mencari redha Allah itu dapat direalisasikan.
            Akhir sekali, teruskan dakwah di gelanggang masing-masing sebagai bekal di akhirat nanti.
                                                   بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَة
                            "Sampaikanlah dari agamaku walau satu ayat (kalimah)"
Wassalamualaikum warahmatullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan