Rabu, 29 Disember 2010

Selamat Bertugas

Minggu hadapan adalah minggu persekolahan 2011 bakal bermula, bagi guru-guru pendidikan islam pastinya ada harapan dan cabaran baru yang akan ditempuh pada tahun 2011. Bagi guru Bahasa Arab pastinya cabaran KSSR menjadi suatu yang baru dalam karier mereka tahun hadapan. Bagi yang baru mendirikan rumahtangga juga suatu cabaran kerana akan hidup berdua mulai 2011. Tidak ketinggalan juga yang terpaksa berjauhan dengan suami/isteri kerana tugas. Namun semua itu adalah ketentuan Ilahi tuhan yang berkuasa di alam semesta ini. Dialah yang menjadikan kita, dia jugalah yang mematikan kita. Oleh itu pasti ada hikmah disebalik perancangannya itu kerana dialah yang maha mengetahui dari segala apa yang ada di alam semesta ini. Allahu akbar hebatnya kekuasanmu Tuhan.
      Mudah-mudahan Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk berhadapan dengan tugas-tugas 2011. Sama-samalah kita sokong mendokong agar Agama ini menjadi hebat sehebat Rasulullah SAW.
      Kepada seluruh warga pendidikan Islam PPD Kota Kinabalu selamat bersekolah ddan bertugas. sesungguhnya "ALLAH ITU SUMBER CAHAYA EHIDUPAN"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan