Selasa, 11 Januari 2011

BORANG MAKLUMAT MURID DAN GURU SEKOLAH RENDAH 2011

Salam semua GPA (Guru Penolong Agama) sekolah-sekolah rendah dan menengah PPD Kota Kinabalu. Sila download / muat turun BORANG MAKLUMAT MURID DAN GURU SEKOLAH RENDAH 2011 (http://www.4shared.com/file/b1xp16BM/BORANG_MAKLUMAT_MURID_DAN_GURU.html) atau muat turun di sisipan kami. Mohon dihantar menggunakan email kepada kami di ( upi.ppdkk@gmail.com ) dengan kadar segera untuk perbekalan keperluan guru sekolah-sekolah daerah kota kinabalu tahun 2011.

Untuk makluman semua GPA, PPDKK buat masa ini sedang mengemaskini data guru kerana berlaku pertukaran keluar masuk guru antara daerah/ luar daerah / negeri. Oleh itu, data yang dikemaskini akan memastikan sama ada guru disekolah masing-masing ada kekurangan atau kelebihan. Sekiranya berkurangan kami akan mengambil tindakan untuk tambah. Sekiranya berlebihan, guru yang lebih akan digerakkan ke sekolah-sekolah kritikal yang sangat memerlukan.

Buat masa ini, data terkini GPA PPDKK tidak ada lebihan guru dan masih menunggu perbekalan baru. Sekian harap maklum.

"MEMPERKASA PENDIDIKAN ISLAM"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan