Isnin, 28 Mac 2011

MTQSS PERINGKAT DAERAH

Salam kepada semua warga pendidik PPD Kota Kinabalu

Kami Unit Pendidikan Islam PPD Kota Kinabalu mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh wargapendidik PPDKK yang terlibat sama menjayakan MTQSS pada tahun ini. Kami dari Unit Pendidikan Islam dengan ini mengucapkan tahniah kepada peserta yang berjaya mewakili daerah Kota Kinabalu ke peringkat Bahagian yang akan diadakan pada minggu kedua April 2011 insyaAllah. Saya selaku Ketua Unit Pendidikan Islam PPDKK dikesempatan ini memohon maaf atas penganjuran MTQ yang tidak sempurna pada tahun ini. Terutamanya saya tujuan kemaafan ini kepada barisan Guru Besar dan Pengetua yang dijemput atas layanan yang tidak memuaskan diberikan pada majlis penutupan. Juga kepada semua peserta dan guru yang menunggu lama sehingga majlis selesai.


      Sebagai peneraju utama Unit Pendidikan Islam yang baru saya akan bertanggungjawab atas segala kekurangan yang berlaku. InsyaAllah pengalaman bermakna ini akan kami jadikan sebagai ilmu yang cukup berguna dalam mematangkan lagi ilmu organisasi dan kepimpinan kami. Berikanlah kami sebarang teguran membina sepanjang masa agar kesinambungannya dapat dinikmati bersama. InsyaAllah kami akan menerima segala teguran ustaz/ustazah, Guru Besar, Pengetua malahan Pelajar dengan hati terbuka. Sekian, wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan